BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan tunai langsung dari Kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) untuk membantu meringankan beban kos sara hidup dan memastikan kebajikan mereka terjaga.

Macam mana semakan bayaran fasa 4? Ikuti panduan lengkap dibawah sehingga akhir.

BACA JUGA : TARIKH STR FASA 4 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

CARA SEMAK BAYARAN STR FASA 4

Untuk mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan cara semak seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026, secara rasminya juga telah mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang diawalkan daripada jadual sebelum ini.

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah
(STR FASA 4)
18 Oktober 2025

KAEDAH BAYARAN STR FASA 4

Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  • Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat pemberian yang tertentu khas kepada :
    • Penerima tiada akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • Bayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

JUMLAH BANTUAN STR FASA 4

Jumlah bantuan yang akan diterima dalam Fasa 4 ini bergantung pada kategori dan pendapatan isi rumah. Berikut adalah perinciannya :

  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • Tiada anak : RM200
    • 1-2 anak : RM350
    • 3-4 anak : RM500
    • 5 anak atau lebih : RM700
  • Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,000:
    • Tiada anak : RM100
    • 1-2 anak : RM200
    • 3-4 anak : RM250
    • 5 anak atau lebih : RM350
  • Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • RM150
  • Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas, tiada pasangan) yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah:
    • RM150

WAKTU MASUK STR FASA 4

Lazimnya bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu-waktu berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

*Namun, waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank adalah tidak menentu dan penerima perlu menyemak secara berkala.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

  1. Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
    • Ya, Bantuan STR juga dibayar kepada semua individu bujang yang memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  2. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima bayaran STR Fasa 4.
  3. Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
    • Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
  4. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Ya boleh, Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
  5. Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
  6. Bilakah tarikh akhir permohonan Bantuan STR Fasa 4?
    • Permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan pada bila-bila masa sebelum 30 September 2025.

RUJUKAN

Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan mengenai
STR Fasa 4, anda boleh hubungi saluran rasmi berikut:

Leave a Comment