BORANG PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM KAD PERAK PRIHATIN : 2025 CARA DAFTAR ONLINE

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM KAD PERAK PRIHATIN : 2025 CARA DAFTAR ONLINE

Program Perak Prihatin adalah salah satu cara yang dibuat oleh Kerajaan perak dalam memperkasa kesejahteraan rakyat dan juga menaikkan taraf hidup rakyat dengan memperkenalkan Program Perak Prihatin pada tahun 2025 kalini.

Bagaimanakah cara permohonan bantuan Kad Perak Prihatin? Ikuti info selanjutnya sehingga akhir.

BACA JUGA : DAFTAR PERAK PRIHATIN 2025 : PERMOHONAN BANTUAN KAD SEJAHTERA

APA ITU PERAK PRIHATIN

Kad Perak Prihatin merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Perak dalam membantu rakyat mereka daripada golongan B40. Kad ini telah mengalami penjenamaan semula kepada Program Bantuan Kad Perak Sejahtera pada tahun ini.

Program ini dijalankan bagi meringankan kos sara hidup melalui bantuan kewangan daripada Perak Sejahtera, di mana mereka akan mendapat akses kepada pembelian barangan asas (makanan) dan penjagaan kesihatan.

Program ini telah dilaksanakan bermula daripada tahun 2019 di mana seramai 17,000 penerima telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program ini.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM KAD PERAK PRIHATIN

Kelayakan bagi pendaftaran bagi Kad Perak Prihatin adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Perak atau menetap di Negeri Perak melebihi 10 tahun.
  • Pemilih Berdaftar di Negeri Perak
  • Pendapatan isi rumah bawah RM 2,000 sebulan

Selain itu, untuk semak kelayakan, anda juga boleh pergi ke pautan ini https://member.perakprihatin.com/site/login dan masukkan no. kad pengenalan anda.

CARA PENDAFTARAN BORANG PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM KAD PERAK PRIHATIN

Bagi mengetahui layak atau tidak Kad Perak Sejahtera, anda boleh mendaftar seperti berikut :

  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya

KAEDAH MENGUNAKAN KAD PERAK PRIHATIN

Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:

  1. Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
  3. Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
  4. Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
  5. Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
  6. Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)

SENARAI BARANGAN LULUS KAD PERAK PRIHATIN

Barangan yang diluluskan kerajaan Perak dibawah bantuan perak prihatin adalah seperti berikut :

  • Beras.
  • Mi dan bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan garam.
  • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak Masak.
  • Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
  • Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
  • Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
  • Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).

Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:

Leave a Comment