BORANG PERMOHONAN PERAK PRIHATIN 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON BANTUAN DALAM MYKAD
Perak Prihatin adalah program kebajikan khas untuk Kumpulan B40 yang dijalankan oleh kerajaan negeri Perak untuk mengurangkan kos sara hidup melalui bantuan kewangan, program ini telah dilaksanakan bermula tahun 2019 di mana seramai 17,000 penerima telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program ini, dan pada tahun 2025 jumlah penerima bantuan yang menerima manfaat telah meningkat kepada seramai 19,012 penerima.
Bagaimanakah cara permohonan Perak Prihatin? Ikuti info lanjut sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 ONLINE
SEMAK BORANG PERMOHONAN PERAK PRIHATIN 2025
Semakan kelayakan bantuan perak prihatin boleh dilakukan seperti berikut :
| LAMAN RASMI | PORTAL RASMI |
|---|---|
| BANTUAN KAD PERAK PRIHATIN | https://member.perakprihatin.com/site/login |
KAEDAH PENGAKTIFAN KAD PERAK PRIHATIN 2025
Kaedah pengaktifan dan cara guna kad boleh dilakukan melalui (1) cara seperti berikut:
- Laman web pengaktifan kad perak prihatin
CARA MENGUNAKAN KAD BANTUAN PERAK PRIHATIN 2025
Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:
- Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
- Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
- Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
- Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
- Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
- Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)
SENARAI BARANGAN YANG DILULUSKAN PERMOHONAN PERAK PRIHATIN 2025
Barangan yang diluluskan kerajaan Perak dibawah bantuan perak prihatin adalah seperti berikut :
- Beras.
- Mi dan bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak Masak.
- Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
- Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
- Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
- Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).
Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:
- 1800 22 6600
- perakprihatin.com
- [email protected]