CARA DAFTAR DARJAH 1 : MOHON TAHUN 1 GUNA IDME

CARA DAFTAR DARJAH 1 : MOHON TAHUN 1 GUNA IDME

Pendaftaran Darjah 1 bagi sesi 2027 merupakan langkah awal penting dalam memastikan anak-anak memulakan pendidikan formal dengan lancar. Melalui sistem dalam talian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ibu bapa kini boleh membuat pendaftaran darjah 1 2027 secara lebih mudah, cepat dan sistematik.

Bagaimanakah cara daftar Darjah 1 2027? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : CARA DAFTAR TAHUN 1 : MOHON DARJAH 1 SESI 2027 MELALUI IDME

MANFAAT DAFTAR DARJAH 1 2027

Inisiatif untuk menggalakkan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun (5+) ke Tahun 1 adalah langkah progresif Kerajaan MADANI untuk membantu perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak serta pada masa sama memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan.

TARIKH DAFTAR DARJAH 1 2027

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka pendaftaran bagi permohonan murid Darjah 1 bagi Kalendar Akademik sesi 2027 melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (IDME) mengikut tarikh seperti berikut :

  • TARIKH PERMOHONAN DIBUKA : 15 Februari 2026
  • TARIKH PERMOHONAN DITUTUP : 31 Mac 2026

CARA DAFTAR DARJAH 1

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan murid tahun 1 melalui sistem permohonan idMe:

  1. Layari Portal Rasmi idMe : https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik Daftar Baru
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Daftar
  4. Log masuk semula ke dalam sistem idMe dan masukkan kata kunci yang diterima melalui emel dan taip kata laluan serta klik Daftar Masuk
  5. Pilih tab Aplikasi dan klik Modul Pengurusan Awam
  6. Klik pada Pengurusan Profil dan lengkapkan maklumat peribadi ibu, bapa atau penjaga, maklumat pasangan serta maklumat anak/ jagaan kemudian klik Simpan
  7. Pada tab Maklumat Anak Jagaan, Klik pada setiap nama anak yang didaftar untuk mengemaskini maklumat mereka secara terperinci dan klik Simpan
  8. Pilih pada menu Permohonan Kemasukan untuk mendaftar kemasukan Tahun 1
  9. Keluar paparan syarat kemasukan dan klik Mohon
  10. Pilih sekolah berdasakan alamat tempat tinggal yang didaftarkan dan klik Seterusnya
  11. Muat naik dokumen lengkap mengikut format dan saiz yang ditetapkan
  12. Buat pengesahan permohonan dengan menanda kotak ‘Saya Mengaku’ dan klik Hantar
  13. Borang permohonan perlu dicetak bersama borang sokongan dan dihantar ke sekolah yang dimohon.

SYARAT MASUK DARJAH 1 2027

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak-anak yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon kemasukan ke Darjah 1 bagi tahun 2027 :

  • Kanak-kanak merupakan Warganegara Malaysia;
  • Berumur enam (6) tahun dan tujuh (7) tahun :
    • Lahir pada 1 Januari 2020 hingga Disember 2021.

DOKUMEN PENTING DAFTAR DARJAH 1

Antara dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah seperti berikut :

  • Cetakan borang permohonan online
  • Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  • Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  • Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  • Sampul surat bersaiz standard serta beralamat sendiri dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  • Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  • Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
  • *Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang anda mohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA DAFTAR DARJAH 1

Bila Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka dan Ditutup?

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026

Di mana boleh saya membuat pendaftaran Tahun 1?

Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui sistem idMe KPM: https://idme.moe.gov.my

Bagaimana cara untuk semak keputusan penempatan Tahun 1 sesi 2027?

Keputusan penempatan boleh disemak secara dalam talian melalui laman web idMe KPM melalui portal idMe. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Bolehkah saya membuat rayuan jika tidak berpuas hati dengan penempatan?

Ya, rayuan boleh dibuat secara online selepas keputusan penempatan diumumkan. Alasan rayuan perlu kukuh dan akan dinilai oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

Bila rayuan dibuka?

Rayuan penempatan Tahun 1 sesi 2027 dibuka dalam talian selepas penempatan diumumkan. Lazimnya pada tahun sebelumnya, tempoh rayuan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos.

RUJUKAN

Untuk maklumat lanjut, info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke :

Leave a Comment