CARA GUNA SETEL PETRONAS : UNTUK ISI MINYAK GUNA BUDI 95 DENGAN MUDAH SAHAJA (PANDUAN LENGKAP)

CARA GUNA SETEL PETRONAS : UNTUK ISI MINYAK GUNA BUDI 95 DENGAN MUDAH SAHAJA (PANDUAN LENGKAP)

Hampir 16 juta rakyat Malaysia kini layak menebus subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter di stesen minyak terpilih melalui aplikasi rasmi syarikat minyak pilihan masing-masing.

Bagaimanakah cara guna SETEL Petronas? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

APA ITU BUDI95 SETEL PETRONAS

BUDI95 ialah inisiatif subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran semasa RM2.60 seliter. Program ini mula dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada 30 September 2025 khusus kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan, dan mengurangkan ketirisan subsidi kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Setel merupakan aplikasi e-pembayaran petrol yang dibangunkan oleh PETRONAS, membolehkan pengguna membuat pembayaran petrol terus melalui telefon pintar tanpa perlu beratur di kaunter.

KEGUNAAN SETEL PETRONAS

Penerima subsidi BUDI95 boleh menggunakan aplikasi Setel untuk menggunakan Subsidi Budi95 dengan:

  • Menikmati harga petrol ron95 bersubsidi pada harga RM1.99 seliter di stesen PETRONAS terpilih.
  • Membuat pembayaran secara tanpa tunai (cashless) terus dari dalam kenderaan.
  • Mengumpul mata ganjaran Mesra setiap kali membuat pembayaran.

KELEBIHAN GUNA SETEL PETRONAS

Terdapat beberapa manfaat penggunaan Budi95 melalui Aplikasi SETEL, antaranya adalah :

  • Pembayaran Secara Tanpa Tunai (cashless)
    • Pengguna boleh membuat pembayaran petrol ron95 secara langsung dari dalam kenderaan (cashless), tanpa perlu beratur di kaunter atau menggunakan kad debit/kredit di pam, menjadikan proses pengisian minyak lebih cepat, mudah dan praktikal.
  • Tidak dikenakan Caj Pra-Kelulusan RM200
    • Dengan penggunaan Aplikasi Setel, penerima tidak dikenakan sebarang caj. Berbeza dengan kaedah kad kredit/debit yang mungkin menahan sejumlah wang sebagai pra-kelulusan, apabila membuat pembayaran secara ‘Pay Wave’.
  • Rekod Perbelanjaan
    • Aplikasi Setel menyediakan penyata bulanan serta resit digital yang membolehkan pengguna menyemak baki budi95, mengurus, dan merancang perbelanjaan petrol dengan lebih teratur serta sistematik.
  • Integrasi Kad Mesra Digital
    • Melalui Aplikasi Setel, pengguna boleh mengumpul serta menebus mata ganjaran Mesra Rewards bagi pembelian minyak tanpa perlu menggunakan kad fizikal. Segala transaksi dilakukan secara digital, menjadikannya lebih mudah, praktikal, dan bebas daripada risiko kehilangan kad fizikal.

SIAPA LAYAK GUNA SETEL PETRONAS

Kelayakan untuk menggunakan Subsidi RON95 melalui Setel adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai MyKad (Kad Pengenalan);
  • Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
  • Berdaftar akaun Setel;
  • Mengisi minyak di stesen minyak PETRONAS yang menyokong BUDI95.

SEMAK STATUS BUDI95 SETEL PETRONAS

Status Kelayakan Budi95 boleh disemak di Aplikasi Setel seperti berikut:

  1. Buka Aplikasi SETEL yang telah dimuat turun dalam telefon pintar anda.
  2. Klik pada ikon [BUDI95].
  3. Seterusnya, klik butang [Check Eligibility].
  4. Jika anda layak, [Status Kelayakan] dan [Maklumat Baki Kelayakan] Budi95 akan dipaparkan.
  5. Selesai.

CARA GUNA SETEL PETRONAS

Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 di Aplikasi Setel :

  1. Kunjungi stesen minyak PETRONAS berdekatan.
  2. Buka Aplikasi Setel yang telah dimuat turun dalam telefon pintar anda.
  3. Klik pada ikon [BUDI95], kemudian pilih ‘Purchase Fuel’.
  4. Pilih stesen minyak PETRONAS yang sedang anda kunjungi
  5. Masukkan nombor pam yang digunakan untuk mengisi minyak.
  6. Tetapkan amaun pengisian minyak (RM) yang ingin diisi.
  7. Buat bayaran mengikut cara pembayaran yang tersedia dalam aplikasi.
  8. Isi minyak RON95 seperti biasa di pam yang telah dipilih.
  9. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SETEL PETRONAS

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:

  1. Adakah perlu bawa MyKad jika guna Setel?
    • Tidak perlu. Jika akaun Setel sudah disahkan dan dipautkan dengan MyKad, anda hanya perlu menggunakan Aplikasi Setel untuk menebus Budi95.
  2. Berapa liter maksimum boleh ditebus dengan subsidi?
    • Pengisian minyak menggunakan Budi95 adalah sehingga 300 liter sebulan.
  3. Apa berlaku jika pengisian melebihi 300 liter sebulan?
    • Lebihan liter yang diisi akan dikenakan harga pasaran semasa iaitu RM2.60/liter.
  4. Adakah subsidi BUDI95 dalam Setel automatik setiap bulan?
    • Ya, selagi anda layak dan akaun Setel sudah disahkan.
  5. Adakah saya boleh guna BUDI95 Setel untuk kenderaan lebih daripada satu?
    • Ya, subsidi BUDI95 diberikan kepada individu (MyKad), bukan kepada kenderaan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan untuk Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :


Leave a Comment