CARA MEMOHON KAD SISWA JOHOR (2025 ONLINE)

CARA MEMOHON KAD SISWA JOHOR (2025 ONLINE)

Kad Siswa Johor yang telah diperkenalkan kepada mahasiswa anak Johor yang berkelayakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan pemberian pinjaman kewangan disamping menerapkan perbelanjaan tanpa tunai (cashless) pada zaman yang moden ini.

Kad ini bukan sekadar alat pembayaran tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat yang dirangka khusus untuk anak-anak Johor yang menuntut di IPTA, Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Kolej Komuniti dan Politeknik.

BACA JUGA : SEMAKAN KAD PERAK SEJAHTERA (2025 ONLINE)

APA ITU KAD SISWA JOHOR

Kad Siswa Johor telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sebagai satu usaha menyelaras semua bentuk bantuan dan pinjaman pendidikan untuk mahasiswa anak Johor di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Kolej Komuniti, dan Politeknik. 

Kad ini bukan sahaja berfungsi sebagai kad debit, malah turut mengintegrasikan pelbagai insentif dan tawaran menarik daripada syarikat terkemuka di Malaysia.

MANFAAT MEMOHON KAD SISWA JOHOR

Kad Siswa Johor menawarkan pelbagai keistimewaan. Antara manfaat utama termasuk :​

  • Diskaun sehingga 25% : Pemegang kad menikmati diskaun sehingga 25% di premis-premis terpilih yang bekerjasama dengan program ini, termasuk KPJ Healthcare, KFC, Pizza Hut, Legoland Malaysia, dan Golden Screen Cinemas (GSC) .​
  • Galakan Penggunaan Perbankan Digital : Kad ini juga berfungsi sebagai kad debit, menggalakkan penggunaan perbankan atas talian melalui ciri-ciri seperti payWave dan QRPay.
  • Bantuan Kewangan : Mahasiswa semester pertama yang layak menerima Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) dan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 yang disalurkan Bank Muamalat.

SYARAT PERMOHONAN KAD SISWA JOHOR

Berikut ialah syarat-syarat utama permohonan Kad Siswa Johor :

  • Lahir ATAU menetap di Negeri Johor sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
  • Pelajar sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, atau Asasi di IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, atau IPTS di bawah KPYPJ.
  • Terbuka kepada semua tahun pengajian (tiada had tahun pengajian).
  • Tiada syarat pendapatan keluarga untuk Insentif Mahasiswa Johor (IMAJ).

CARA GUNA KAD SISWA JOHOR

Berikut adalah cara menggunakan Kad Siswa Johor agar anda dapat memaksimumkan kelebihannya :

  • Aktifkan Kad di Bank Muamalat
  • Guna Sebagai Kad Debit & Pembayaran Tanpa Tunai
  • Nikmati Diskaun di Premis Terpilih
  • Terima Bantuan & Insentif Pendidikan
  • Guna untuk Pendaftaran & Urusan Rasmi

CARA MOHON KAD SISWA JOHOR

LAMAN RASMI KAD SISWATARIKH PERMOHONAN
https://bantuan-ypj.com/portal/April hingga Mei Setiap tahun

RUJUKAN

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kad Siswa Johor, sila layari :

Leave a Comment