CARA PERMOHONAN STR 2026 – REGISTER/DAFTAR AKAUN MySTR & PEMOHON BARU
Permohonan STR 2026 boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/, Rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan boleh mula membuat permohonan bermula 13 Oktober 2025.

Artikel ini akan memberi panduan lengkap tentang cara daftar akaun MySTR, log masuk, serta permohonan baharu STR 2026.
“MyKad rosak dan nak tahu cara ganti supaya MyKasih kekal aktif? Rujuk panduan ini : Tukar MyKad Percuma – Panduan Lengkap.“
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya bagi isi rumah yang berpendapatan rendah.
Beberapa fakta penting tentang STR dalam Bajet 2026 :
- Seramai 9 juta penerima STR akan terus menerima bantuan. Mereka juga akan mendapat tambahan SARA sehingga RM100 sebulan (RM1,200 setahun).
- Penerima e-Kasih akan mendapat SARA yang lebih tinggi, iaitu sehingga RM200 sebulan.
- Keluarga dengan pendapatan kurang daripada RM2,500 dan mempunyai lima orang anak boleh mendapat bantuan maksimum RM4,600 setahun (termasuk STR dan SARA).
- Pembayaran STR fasa 4 (berjumlah RM2 bilion) akan diawalkan sempena perayaan Deepavali 2025.
CARA REGISTER / DAFTAR AKAUN MySTR 2026
Semua pemohon perlu mendaftar akaun MySTR yang baharu, termasuk mereka yang sudah mempunyai akaun pada tahun-tahun sebelumnya. Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah :
- Layari portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada butang “LOG MASUK”.
- Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
- Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang ‘Daftar Akaun’.
Log Masuk Akaun MySTR
Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut :
- Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
- Klik butang “Log Masuk”
- Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
- Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
- Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
- Selesai.
Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah :

CARA PERMOHONAN STR 2026
Permohonan STR 2026 boleh dibuat melalui dua cara iaitu :
Secara Online Melalui Portal MySTR
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut :
- Layari Portal STR 2026 di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang “Permohonan Baharu”.
- Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID.
- Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
- Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Buat pengesahan dan tandakan kotak persetujuan sebelum menghantar permohonan.
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan permohonan selepas berjaya dihantar untuk semakan status kemudian hari.
NOTA :
- Permohonan juga boleh dibuat di kaunter LHDN atau Pusat Khidmat Hasil jika menghadapi masalah akses online.
- Anda WAJIB daftar akaun MySTR baharu walaupun pernah mohon STR sebelum ini.
- Pastikan semua maklumat diisi lengkap dan betul untuk mengelakkan permohonan ditolak.
- Permohonan dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
PERMOHONAN BARU STR 2026 SECARA MANUAL
Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh :
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat : Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
KESIMPULAN
Untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah 2026, anda perlu mendaftar dan membuat permohonan melalui MySTR. Ikut panduan yang diberikan supaya proses ini berjalan tanpa masalah. Pastikan semua maklumat yang diisi betul supaya permohonan diluluskan dan pembayaran STR diterima tepat pada masanya.
Jangan lupa kemas kini maklumat anda di portal MySTR supaya tidak terlepas bantuan akan datang. Jika ada soalan atau perlukan bantuan, hubungi pihak berkuasa melalui portal rasmi atau talian sokongan yang disediakan.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
- Talian Hotline STR : 03-8882 4565/03-8882 4566
- Emel : [email protected]