CARA SEMAK MYKASIH 2025 ONLINE
Hanya seramai 700,000 ribu rakyat dewasa Malaysia yang melapasi tapisan dan tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih pada tahun ini. Namun, kerajaan juga turut menyalurkan Bantuan Asasa Rahmah (SARA) kepada individu yang tidak tersenarai dalam e-Kasih.
Bagaimanakah cara semak mykasih? Ikuti info lanjut sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025
SEMAK KELAYAKAN MYKASIH 2025
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CARA BAYARAN MYKASIH 2025
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
|---|---|
| Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Penyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad. |
CARA SEMAK STATUS MYKASIH
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
BARANG MYKASIH 2025
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mee segera
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe)
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang)
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita)
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM)
- Barangan persekolahan (Contoh : Alat tulis, Pakaian Seragam Sekolah, Kasut Sekolah)
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]