CARA SEMAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

CARA SEMAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Program inisiatif Kerajaan Malaysia dalam membantu kewangan rakyat adalah dengan meneruskan program yang diberi nama Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bagi memudahkan lagi urusan semakan dan permohonan, kerajaan telah memperkenalkan portal rasmi dikenali sebagai MySTR.

Bagaimanakah Cara Semakan STR 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : CARA SEMAK STATUS STR (2026 BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

SEMAK KATEGORI STR 2026

Syarat dan kategori bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :

  1. Isi Rumah
    • Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
    • Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
    • Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.

NOTA* : Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA.

JUMLAH SEMAKAN STR 2026

KATEGORI LAYAKJUMLAH KELAYAKAN
Isi Rumah Dengan Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
5 dan ke atas : RM2,200
Isi Rumah Dengan Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
5 dan ke atas : RM950
Warga Emas yang
tiada pasangan
RM600
Bujang

CARA PENYALURAN STR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

CARA SEMAKAN STR 2026

Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

INFO TAMBAHAN STR 2026

Berikut adalah tambahan info mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

  • STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
  • SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.
  • SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

SOALAN LAZIM STR 2026

Antara soalan yang selalu diajukan untuk pertanyaan tentang bantuan ni adalah :

  1. Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
    • Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
  2. Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
    • Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
  3. Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
    • Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
  4. Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
    • Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
  5. Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
    • Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment