CARA SOLAT JENAZAH RINGKAS (LELAKI/PEREMPUAN)

CARA SOLAT JENAZAH RINGKAS (LELAKI/PEREMPUAN)

Solat Jenazah adalah satu-satunya solat yang dilakukan oleh manusia ke atas manusia yang lain dan solat ini dilakukan ke atas diri seorang muslim yang telah meninggal dunia, Solat ini merupakan Fardhu Kifayah bagi umat islam yang bermaksud ia wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan umat islam.

Bagaimanakah Cara Solat Jenazah dilakukan? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : PERAK PRIHATIN : 2025 PERMOHONAN BANTUAN KAD SEJAHTERA

APA ITU SOLAT JENAZAH

Solat jenazah merupakan solat yang dilakukan oleh seorang muslim terhadap saudara seagamanya yang telah meninggal dunia, yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan umat-umat muslim pada waktu itu.

Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan solat ini, antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R. Anhuma dimana beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

 مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ

Maksudnya : Tidak ada seorang lelaki muslim yang meninggal dunia, kemudian terdapat empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun mendirikan solat jenazah ke atasnya, melainkan Allah akan memberikan syafaat dari mereka buat dirinya (jenazah tersebut).
Riwayat Muslim (948)

RUKUN CARA SOLAT JENAZAH RINGKAS

Berbeza dengan solat yang lain yang mempunyai 13 rukun di dalamnya, solat jenazah hanya mempunyai 7 rukun sahaja iaitu:

  1. Niat
  2. Berdiri tegak.
    • Solat ini TIDAK ADA rukuk mahupun sujud, dan dilakukan dalam keadaan berdiri.
  3. Takbiratul Ihram
    • Dilakukan sebanyak 4 kali termasuk takbir pertama.
  4. Baca Al-fatihah
  5. Ucap Selawat
  6. Doa kepada Jenazah
  7. Mengucapkan Salam

CARA NIAT SOLAT JENAZAH

Untuk pengetahuan semua, niat solat adalah berbeza bagi setiap jantina si mati, cara niat yang diberikan adalah seperti berikut :

JENAZAH LELAKI

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Makna: Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

JENAZAH PEREMPUAN

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘Ala Hazihil-Mayyitati Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Makna: Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

KANAK-KANAK LELAKI (JENAZAH)

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Makna: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala.

KANAK-KANAK PEREMPUAN (JENAZAH)

اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘Ala Hazal-Mayyitati al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Makna: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala.

PANDUAN SOLAT JENAZAH RINGKAS

Melakukan solat jenazah adalah sangat ringkas dan semua orang boleh belajar, cara panduan adalah seperti berikut :

  1. Berdiri bagi yang mampu.
  2. Berniat dalam hati ketika melafazkan takbiratul ihram.
  3. Membaca Al-Fatihah.
  4. Takbir Kedua.
    • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  5. Takbir Ketiga.
    • Berdoa untuk jenazah
      • Jenazah lelaki.
        • أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
        • Makna: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya.
      • Jenazah perempuan.
        • اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
        • Makna: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya.
  6. Takbir Keempat
    • Berdoa untuk jenazah:
      • Jenazah lelaki.
        • للَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ 
        • Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah engkau hampakan kami daripada mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah engkau sesatkan kami sepeninggalannya dan ampunilah kami dan si mati.
      • Jenazah perempuan.
        • اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهَا
        • Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah engkau hampakan kami daripada mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah engkau sesatkan kami sepeninggalannya dan ampunilah kami dan si mati.
  7. Memberi salam.

Sumber Infografik : Lembaga Tabung Haji Official

RUJUKAN

Untuk anda yang mengingikan maklumat yang lebih terperinci tentang pelaksanaan Solat Jenazah ini anda boleh semak di :

Leave a Comment