CEK SARA ONE OFF : KELAYAKAN 2026, TARIKH BAYAR & JUMLAH BANTUAN
Dah Semak? Check syarat kelayakan anda sekarang untuk mengetahui anda layak atau tidak bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ONE OFF yang bakal diagihkan secara terus kedalam IC Penerima yang berkelayakan.
Bagaimanakah cara cek sara one off? Ikuti info lanjut disini sekarang.
BACA JUGA : BANTUAN SARA ONE OFF : SEMAKAN (2026)
CARA CEK SARA ONE OFF
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
SYARAT LAYAK SARA ONE OFF
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026, terdiri daripada :
- Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
- Berumur : Bermula 18 tahun dan ke atas
- Kelayakan : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.
JUMLAH KELAYAKAN SARA ONE OFF
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 seperti berikut :
| SYARAT KELAYAKAN | JUMLAH BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|
| Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas | RM100 (ONE OFF) | 9 Februari 2026 |
Bantuan SARA ONE-OFF dilaksanakan pada bulan Februari sebagai persiapan untuk bulan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
SENARAI BARANGAN SARA 2026
Kredit SARA boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada lebih 14 kategori melibatkan puluhan ribu produk, berikut adalah senarai barang mykasih:
- Beras, roti dan bijirin
- Telur, minyak masak dan gula
- Makanan bayi dan lampin pakai buang
- Ubat asas dan barangan kesihatan
- Sabun, pencuci dan barangan kebersihan
- Alat tulis dan keperluan sekolah
DIMANA SARA BOLEH DIGUNAKAN?
- Pembelian boleh dibuat di lebih 4,000 kedai dan pasar raya seluruh negara termasuk Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit berdaftar.
CEK CARA MOHON SARA ONE OFF
Tidak perlu mohon.
Kelayakan ditentukan secara automatik berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Selagi MyKad anda aktif dan maklumat diri adalah sah, bantuan akan dikreditkan secara automatik ke sistem MyKasih.
SOALAN LAZIM (FAQ) CEK SARA ONE OFF
Berikut soalan yang lazim ditanya tentang SARA One Off 2026 :
- Adakah bantuan ini dalam bentuk tunai?
- Tidak. Bantuan diberikan dalam bentuk kredit MyKad untuk pembelian barangan asas.
- Bolehkah wang RM100 ini dikeluarkan?
- Tidak boleh. Ia hanya boleh digunakan di kedai berdaftar MyKasih.
- Jika MyKad rosak atau hilang?
- Segera uruskan penggantian MyKad di JPN kerana bantuan menggunakan pengesahan kad pengenalan.
- Adakah warga emas turut layak?
- Ya. Selagi berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]