CHECK RESULT UPKK ONLINE : CARA SEMAK KEPUTUSAN UJIAN UPKK 2025/2026

CHECK RESULT UPKK ONLINE : CARA SEMAK KEPUTUSAN UJIAN UPKK 2025/2026

Kepada yang sedang menunggu keputusan UPKK, anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat banyak cara untuk menyemak result peperiksaan UPKK, antaranya melalui SmS, Online dan juga terus direct disekolah.

Bagaimanakah cara check result UPKK Online? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : CARA SEMAK KEPUTUSAN UPKK : 2025/2026

MANFAAT RESULT UPKK ONLINE

UPKK menguji keupayaan murid dalam pelbagai aspek ilmu agama termasuk akidah, ibadah, akhlak, sirah dan jawi. Melalui ujian ini, guru dan ibu bapa dapat mengetahui tahap kefahaman dan amalan murid terhadap ajaran Islam.

Keputusan UPKK yang cemerlang sering kali menjadi salah satu syarat utama kepada pemilihan dan kemasukan murid ke sekolah menengah agama seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) mahupun Maahad Tahfiz.

CARA CHECK RESULT UPKK ONLINE

Terdapat dua kaedah utama yang boleh digunakan untuk menyemak rumusan keputusan UPKK 2025 iaitu secara dalam talian dan melalui SMS. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:

  • Semakan Secara Online
    • Calon boleh mengakses Sistem semakan SIMPENI yang disediakan oleh JAKIM. Pastikan anda melayari laman web rasmi ini pada tarikh pengumuman keputusan.
  • Semakan Melalui SMS
    • Bagi mendapatkan keputusan melalui SMS, calon perlu menghantar SMS dengan format ditetapkan. Berikut adalah langkah-langkahnya:
      • Taip: UPKK (jarak) No MYKIDdan hantar SMS ke 15888
      • Taip: UPKK (jarak) No PengenalanKhas dan hantar SMS ke 15888
  • Slip Keputusan Di Sekolah
    • Calon-calon juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2025 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada tarikh sepertimana diumumkan.

TARIKH KELUAR RESULT UPKK ONLINE

Tarikh keputusan UPKK 2024 akan diumumkan pada 25 Februari 2026 (Rabu), jam 12.00 tengah hari.

SOALAN LAZIM (FAQ) UPKK

Bilakah keputusan UPKK 2025 akan diumumkan?

Keputusan akan diumumkan pada 26 Februari jam 10.00 pagi, tetapi semakan online boleh dibuat mulai 26 Februari 2026 (Khamis), bermula jam 12.00 tengah hari.

Bagaimana semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA boleh dibuat?

Ia boleh disemak di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.

Adakah perlu ambil UPKK jika nak masuk asrama?

Tidak semestinya. Tetapi ia boleh dijadikan sokongan untuk kemasukan ke SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan berkaitan Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) boleh hubungi :

  • Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya
  • Telefon: 603 – 8870 7000
  • Faks: 603 – 8870 7003
  • Media sosial JAKIM : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
  • Portal SIMPENI : https://simpeni.islam.gov.my/

Leave a Comment