CHECK SARA 2026 : CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi yang berkelayakan pada tahun 2026 boleh disemak sekarang, syarat kelayakan dan kategori boleh disemak dan jumlah bantuan terbaharu boleh dicheck secara atas talian.
Bagaimanakah Cara Check SARA 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RM200 SETIAP BULAN 2026 : SEMAK SEKARANG
CHECK SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khas diberikan kepada rakyat-rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa (berdaftar eKasih); atau
- Pendapatan RM2,500 hingga tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 :
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
JUMLAH BAYARAN SARA 2026
Kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- Isi Rumah B40 (Daftar eKasih) : RM2,400 setahun.
- Isi Rumah B40 & M40 : RM1,200 setahun.
- Warga Emas : RM600 setahun.
- Bujang : RM600 setahun.
*Serta bayaran tambahan one-off sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia termasuk penerima B40 dan M40.
JADUAL PELAKSANAAN SARA 2026
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ansur berperingkat mengikut jadual seperti berikut :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bayaran Setiap Bulan | Januari hingga Disember 2026 |
| Bayaran One-OFF | Pertengahan Februari 2026 |
SENARAI BARANGAN SARA 2026
Antara barang-barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah :
- Beras.
- Mi Segera.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan Garam.
- Sos, Kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- Ubat-ubatan
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
CARA CHECK SARA 2026
Sila layari pautan (link) Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah dan ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan :
- Sila layari portal rasmi di :https://www.sara.gov.my/
- Paparan halaman utama Portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Isikan ruangan yang disediakan dengan nombor Kad Pengenalan (IC).
- *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
- Tunggu pengesahan : ✅ Success!.
- Kemudian, klik butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM TENTANG SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Berikut soalan yang selalu ditanya mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 :
Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?
Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?
Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
Di mana saya boleh guna SARA?
SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini
Berapakah amaun SARA yang diterima?
Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
Bagaimana cara semak kelayakan SARA?
Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]