CHECK STATUS STR SECARA ONLINE (FASA 2 2025)
Kerajaan Madani terus berusaha membantu golongan yang memerlukan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dengan memperkukuh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 melalui peningkatan peruntukan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanakah cara check STR 2025? Ikuti info sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : BANTUAN STR 2025 : SEMAKAN FASA 2
SYARAT LULUS STR 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN STATUS STR 2025
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN STR
Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan No. MyKad seperti biasa
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
- Klik butang [Seterusnya]
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya]
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
- Klik butang [Tukar Kata Laluan]
CARA CHECK STATUS STR DIAGIHKAN
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima:
- Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):
- Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan ‘gagal kredit’ bayaran boleh diambil secara tunai di kaunter BSN berdekatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel :[email protected]