DAFTAR DARJAH 1 PDF : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON & REGISTER TAHUN 1 2027
Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada sesi 2027, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online. Bagi tahun ini, pendaftaran adalah terbuka kepada anak-anak berumur 5 dan 6 tahun.
Bagaimanakah Cara Daftar Darjah 1 2027? Ikuti info lanjut disini sekarang.
BACA JUGA : SENARAI BARANG MYKASIH 2026 : SEMAK
MANFAAT DARJAH 1 2027
Inisiatif untuk menggalakkan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun (5+) ke Tahun 1 adalah langkah progresif Kerajaan MADANI untuk membantu perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak serta pada masa sama memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan.
TARIKH DAFTAR DARJAH 1 PDF
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2027 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026.
Proses pendaftaran murid tahun 1 boleh dilakukan secara atas talian melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), yang boleh diakses menerusi pautan berikut: https://idme.moe.gov.my.
CARA DAFTAR DARJAH 1 PDF 2027
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan murid tahun 1 melalui sistem permohonan idMe:
- Layari Portal Rasmi idMe : https://idme.moe.gov.my
- Klik Daftar Baru
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Daftar
- Log masuk semula ke dalam sistem idMe dan masukkan kata kunci yang diterima melalui emel dan taip kata laluan serta klik Daftar Masuk
- Pilih tab Aplikasi dan klik Modul Pengurusan Awam
- Klik pada Pengurusan Profil dan lengkapkan maklumat peribadi ibu, bapa atau penjaga, maklumat pasangan serta maklumat anak/ jagaan kemudian klik Simpan
- Pada tab Maklumat Anak Jagaan, Klik pada setiap nama anak yang didaftar untuk mengemaskini maklumat mereka secara terperinci dan klik Simpan
- Pilih pada menu Permohonan Kemasukan untuk mendaftar kemasukan Tahun 1
- Keluar paparan syarat kemasukan dan klik Mohon
- Pilih sekolah berdasakan alamat tempat tinggal yang didaftarkan dan klik Seterusnya
- Muat naik dokumen lengkap mengikut format dan saiz yang ditetapkan
- Buat pengesahan permohonan dengan menanda kotak ‘Saya Mengaku’ dan klik Hantar
- Borang permohonan perlu dicetak bersama borang sokongan dan dihantar ke sekolah yang dimohon.
Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini :
Manual Pengguna
DOKUMEN DARJAH 1 2027
Antara dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah seperti berikut :
- Cetakan borang permohonan online
- Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
- Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
- Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
- Sampul surat bersaiz standard serta beralamat sendiri dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
- Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
- Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
- *Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang anda mohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza
SYARAT DAFTAR DARJAH 1 2027
Untuk membuat pendaftaran kemasukan ke sekolah pada tahun 2027 bagi darjah 1 ialah :
- Kanak-kanak warganegara Malaysia
- Kanak-kanak yang lahir pada:
- 2 Januari – 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun)
- 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun)
SOALAN LAZIM(FAQ) DAFTAR DARJAH 1 2027
Antara soalan yang diajukan tentang tajuk ini adalah seperti berikut :
- Bila Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka dan Ditutup?
- Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026
- Di mana boleh saya membuat pendaftaran Tahun 1?
- Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui sistem idMe KPM: https://idme.moe.gov.my
- Bagaimana cara untuk semak keputusan penempatan Tahun 1 sesi 2027?
- Keputusan penempatan boleh disemak secara dalam talian melalui laman web idMe KPM melalui portal idMe. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.
- Bolehkah saya membuat rayuan jika tidak berpuas hati dengan penempatan?
- Ya, rayuan boleh dibuat secara online selepas keputusan penempatan diumumkan. Alasan rayuan perlu kukuh dan akan dinilai oleh Pejabat Pendidikan Daerah.
- Bila rayuan dibuka?
- Rayuan penempatan Tahun 1 sesi 2027 dibuka dalam talian selepas penempatan diumumkan. Lazimnya pada tahun sebelumnya, tempoh rayuan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut, info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke:
- No. Tel : 03-88843501
- No. Fax : 03-88895244
- Email : [email protected]