DAFTAR KAD PERAK SEJAHTERA : CARA PERMOHONAN ONLINE

DAFTAR KAD PERAK SEJAHTERA : CARA PERMOHONAN ONLINE

Kad Perak Sejahtera yang dahulunya dikenali sebagai kad Perak Prihatin merupakan sebuah program bantuan di bawah Program Perak Prihatin.program ini telah dilaksanakan bermula tahun 2019 di mana seramai 17,000 penerima telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program ini, dan pada tahun 2025 jumlah penerima bantuan yang menerima manfaat telah meningkat kepada seramai 19,012 penerima.

Bagaimanakah cara daftar kad Perak Sejahtera?

BACA JUGA : CARA SEMAK PLKN MELALUI ONLINE (2025)

MANFAAT DAFTAR KAD PERAK SEJAHTERA

Terdapat manfaat yang dapat dirasai oleh penerima Kad Sejahtera iaitu seperti berikut :

  • Bermula Januari 2024, kesemua pemegang Kad Perak Sejahtera akan memperoleh manfaat makanan sebanyak RM100 sebulan, bersamaan dengan RM1,200 setahun bagi setiap pemilik kad ini. 
  • Manfaat kesihatan pula telah dimansuhkan sepenuhnya juga bermula pada bulan Januari, tahun 2024. 

SEMAKAN KAD PERAK PRIHATIN 2025

Semakan kelayakan bantuan perak prihatin boleh dilakukan seperti berikut :

LAMAN RASMIPORTAL RASMI
Bantuan Perak Sejahterahttps://member.perakprihatin.com/site/login

CARA PENGAKTIFAN KAD PERAK SEJAHTERA

Kaedah pengaktifan dan cara guna kad boleh dilakukan melalui (1) cara seperti berikut:

KAEDAH KEGUNAAN KAD PERAK PRIHATIN

Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:

  • Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
  • Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
  • Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
  • Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
  • Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
  • Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)

SENARAI DILULUSKAN KAD PERAK 2025

Barangan yang diluluskan kerajaan Perak dibawah bantuan perak prihatin adalah seperti berikut :

  • Beras.
  • Mi dan bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan garam.
  • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak Masak.
  • Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
  • Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
  • Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
  • Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).

Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:

Leave a Comment