DAFTAR KAD PERAK SEJAHTERA 2025 : PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN ONLINE
Program Kad Perak Sejahtera yang diberi nama lain sebagai Kad Perak Prihatin pada tahun 2025 telah disambut baik oleh pelbagai golongan terutama sekali golongan yang kurang berkemampuan untuk menjalani hidup dan dapat juga menaikkan lagi kelestarian kemasyarakatan setiap orang di Negeri Perak secara menyeluruh.
Bagaimanakah cara Daftar Kad Perak? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : REGISTER KAD PERAK SEJAHTERA 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON BANTUAN
KAEDAH KEGUNAAN DAFTAR KAD PERAK
Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:
- Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
- Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
- Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
- Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
- Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
- Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)
LANGKAH PENGAKTIFAN KAD PERAK PRIHATIN
Sebelum boleh menggunakan Kad Perak Prihatin, ianya perlu diaktifkan terlebih dahulu menggunakan salah satu cara berikut :
- Secara dalam talian (ONLINE)
- Layari laman web rasmi Perak Prihatin di :https://member.perakprihatin.com/site/login
- Klik butang “KLIK UNTUK AKTIFKAN KAD”
- Melalui SMS
- Taip mesej : WBC<jarak>PACT<jarak>6 DIGIT TERAKHIR NOMBOR KAD PERAK PRIHATIN<jarak>6 DIGIT TERAKHIR NOMBOR MYKAD
- Hantarkan mesej tersebut ke 33555
- Fungsi lain yang boleh digunakan melalui SMS adalah seperti berikut :
- Penukaran PIN
- Taip mesej : WBC<jarak>PPIN<6 DIGIT TERAKHIR NO. MYKAD<jarak>PIN LAMA<jarak>PIN-BARU Hantarkan mesej ke 33555
- Reset PIN
- Taip mesej : WBC<jarak>PRPIN<6 DIGIT TERAKHIR NO. MYKAD<jarak>PIN-BARU Hantarkan mesej ke 33555
- Semakan Baki Kad
- Taip mesej : WBC<jarak>PBAL<jarak>6 DIGIT TERAKHIR NO. MYKAD<jarak>PIN Hantarkan mesej ke 33555
- Pusat Panggilan
- Talian PERAK PRIHATIN : 1 800 22 6600
Pengaktifan juga boleh dilakukan di laman rasmi di : https://member.perakprihatin.com/site/login
SENARAI BARANGAN PROGRAM PERAK PRIHATIN
Barangan yang diluluskan kerajaan Perak dibawah bantuan perak prihatin adalah seperti berikut :
- Beras.
- Mi dan bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak Masak.
- Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
- Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
- Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
- Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).
Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:
- 1800 22 6600
- perakprihatin.com
- [email protected]