FASA 2 STR : 2025 SEMAKAN STATUS

FASA 2 STR : 2025 SEMAKAN STATUS

Kerajaan komited dalam memperkasakan modul kesejahteraan kepada rakyat dan secara langsung membantu sehabis baik dalam meringankan beban rakyat dalam bentuk kewangan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibawah Kementerian Kewangan (MOF).

Bagaimanakah semakan fasa 2 str? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR 2025 (FASA 2)

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CHECK STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

TARIKH PELAKSANAAN STR FASA 2

Pembayaran str adalah seperti berikut :

FASA STRTARIKH PEMBAYARAN
STR FASA 2Pembayaran STR Fasa 2 akan diagihkan
secara berperingkat bermula
24 Mac 2025 (Isnin)

JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
bawah RM2500
RM150 sehingga RM650
(mengikut kelayakan penerima)
Isi rumah berpendapatan
RM2501 sehingga RM5000
RM100 sehingga RM300
(mengikut kelayakan penerima)
Warga emas tiada pasanganRM150
BujangRM150

KAEDAH PENYALURAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Bantuan STR akan disalurkan seperti berikut :

  1. PENERIMA YANG ADA AKAUN BANK
    • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
  2. PENERIMA YANG TIADA AKAUN BANK
    • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment