FOKUS UTAMA BELANJAWAN 2026 – MEMPERKASA EKONOMI MADANI

FOKUS UTAMA BELANJAWAN 2026 – MEMPERKASA EKONOMI MADANI

Belanjawan 2026, juga dikenali sebagai Belanjawan MADANI Keempat, akan dibentangkan pada 10 Oktober 2025. Pengumuman belanjawan ini akan disiarkan secara langsung di media seluruh negara dan boleh ditonton secara dalam talian melalui pautan rasmi : https://belanjawan.mof.gov.my.

Pengenalan

Belanjawan 2026 adalah Belanjawan MADANI keempat yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2025.

Ini adalah belanjawan pertama yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menandakan permulaan fasa pembangunan baharu negara untuk tempoh 2026-2030.

Belanjawan ini dirangka untuk mengukuhkan dan mempercepatkan agenda pembaharuan ekonomi serta penambahbaikan sistem sosial Malaysia.

Belanjawan ini mengambil kira pencapaian ekonomi negara sepanjang tahun 2025, termasuk pertumbuhan KDNK sebanyak 4%–4.8%, penurunan inflasi (1.1% pada Jun 2025) dan pengurangan kadar pengangguran (3% pada Mei 2025).

Kenyataan Pra-Belanjawan 2026 juga telah diterbitkan untuk menjelaskan keutamaan Kerajaan bagi Belanjawan 2026, sebagai panduan untuk mendapatkan input dan cadangan daripada rakyat.

Baca Juga : BANTUAN STR FASA 4 2025

Belanjawan 2026 Belanjawan MADANI

MALAYSIA MADANI

Belanjawan 2026 akan meneruskan prinsip Ekonomi MADANI, dengan tiga fokus utama :

  1. Meningkatkan Pertumbuhan Negara :
    • Mewujudkan kesan positif dalam ekonomi.
    • Mendorong transformasi industri Malaysia.
    • Menyesuaikan insentif untuk menarik lebih banyak pelaburan.
  2. Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat :
    • Memperbaiki pasaran buruh.
    • Memperkukuh bantuan sosioekonomi untuk kehidupan yang lebih baik.
    • Menuju sistem penjagaan kesihatan yang adil dan berterusan.
    • Memperbaiki sektor pendidikan untuk mewujudkan ekonomi inklusif yang berdaya saing.
    • Mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar.
    • Memastikan semua golongan masyarakat dapat mengambil bahagian dalam ekonomi.
  3. Menggalakkan Pembaharuan dan Tadbir Urus yang Baik :
    • Memantapkan integriti dan pengurusan kewangan.
    • Memodenkan kewangan awam melalui teknologi.
    • Menambah baik perkhidmatan kerajaan melalui teknologi.
    • Memperbaiki perkhidmatan awam untuk masa depan.

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Fokus Utama Belanjawan 2026

  • Subsidi Bersasar : Beralih daripada subsidi menyeluruh kepada subsidi yang lebih bersasar untuk mengurangkan pembaziran dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
  • Pembangunan Modal Insan dan Sektor Awam : Melaksanakan inisiatif pembelajaran melalui APEL oleh INTAN dan GlobalNxt University untuk pegawai awam, sebagai usaha memodenkan perkhidmatan awam dan menambah baik kompetensi.
  • Kemajuan Infrastruktur dan Sokongan Komuniti : Memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar (Sabah & Sarawak), pelancongan, PKS, serta program untuk masyarakat seperti warga emas, OKU, Orang Asli, Bumiputera, wanita dan belia.
  • Sumbangan Tunai Rahmah & bantuan untuk rakyat
STR SARA 2026

Keadaan Ekonomi & Kewangan 2025

Setakat separuh pertama 2025, ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang baik :

  • KDNK (Suku Pertama 2025) meningkat 4.4%, dengan jangkaan pertumbuhan tahunan antara 4.0%–4.8%, didorong oleh permintaan dalam negara dan pelaburan swasta.
  • Inflasi terkawal pada sekitar 1.1% pada Jun 2025, menjadikan Malaysia antara negara dengan inflasi terendah di rantau ASEAN.
  • Kadar pengangguran menurun kepada 3.0% pada Mei 2025.
  • Defisit fiskal dijangka menurun kepada 3.8% daripada KDNK pada 2025.
  • Nilai Ringgit Malaysia meningkat berbanding dolar AS dalam beberapa suku tahun kebelakangan ini.

Pencapaian Penting Terkini Sebelum Belanjawan 2026

Antara pencapaian penting ekonomi Malaysia sepanjang 2024-2025 :

  1. Pelaburan Diluluskan :
    • Malaysia mencapai rekod pelaburan tertinggi selama dua tahun berturut-turut: RM384.4 bilion pada 2024 (2023: RM329.5 bilion).
    • Pada suku pertama 2025, pelaburan meningkat lagi 3.7% kepada RM89.8 bilion.
    • Ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap dasar ekonomi MADANI.
  2. Penarafan Kredit Malaysia :
    • Kekal stabil pada tahap yang baik : A3 (Moody’s), A- (S&P), BBB+ (Fitch).
    • Disebabkan ekonomi yang pelbagai, sistem bank yang stabil, serta hutang kerajaan yang terkawal.
  3. Daya Saing Global :
    • Malaysia meningkat 11 tangga ke kedudukan 23 daripada 69 negara (IMD 2025).
    • Ini adalah yang terbaik sejak 2020.
    • Sasaran : Top 12 dunia menjelang 2033.
  4. Program GEAR-uP :
    • RM11 bilion pelaburan dalam negara digerakkan ke sektor semikonduktor dan tenaga baharu.
    • 34 GLC & GLIC berjanji gaji minimum RM3,100 untuk 153,000 pekerja.
  5. Subsidi & Bantuan Sosial :
    • Kerajaan beralih kepada subsidi bersasar untuk lebih adil & berkesan.
    • STR & SARA ditingkatkan 30% kepada RM15 bilion (lebih 5 kali ganda berbanding 2012).
    • Semua rakyat 18 tahun ke atas menerima RM100 dalam bentuk kredit SARA sekali bayar.
  6. Langkah Tingkatkan Hasil Negara :
    • Memperluas asas cukai (kini 12.4% KDNK).
    • Antaranya : menyemak Cukai Jualan, menambah kategori Cukai Perkhidmatan, menggunakan e-invois, TIN, dan Cukai Minimum Global.
  7. Pembangunan Infrastruktur :
    • Projek hampir siap : LRT3, ETS ke Johor Bahru.
    • Projek utama lain : ECRL, RTS Link Johor–Singapura, Lebuhraya Bertingkat Juru–Sungai Dua.
    • Hospital baharu : Sultanah Aminah 2.
    • Projek banjir : RTB Kota Bharu.
    • Sabah & Sarawak: Lebuhraya Pan Borneo, loji air Sarawak, pencawang elektrik Paitan, Sabah.

Kesemua pencapaian ini adalah hasil daripada inisiatif dan dasar strategik yang sedang dan akan diteruskan di bawah Belanjawan 2026 dan kerangka Ekonomi MADANI Malaysia.

Tarikh Pembentangan Belanjawan 2026

Belanjawan 2026 dijadualkan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2025, jam 3 petang.

Siaran Langsung Belanjawan 2026

Siaran langsung pembentangan Belanjawan 2026 boleh ditonton di saluran TV tempatan seperti RTM, TV3, Astro Awani dan sebagainya.

Berikut adalah pautan siaran langsung untuk anda menonton Belanjawan 2026 :

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2026, sila layari portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di pautan berikut :

Soalan Lazim Belanjawan 2026

Apakah itu Belanjawan 2026?

Belanjawan 2026 ialah dokumen kewangan tahunan Malaysia yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (2026–2030) dan siri keempat dalam Belanjawan MADANI. Ia bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi negara, memperbaiki kebajikan rakyat dan menggalakkan pembaharuan tadbir urus negara.

Bila Belanjawan 2026 akan dibentangkan secara langsung?

Pembentangan rasmi akan dibuat di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada 10 Oktober 2025, mulai jam 3.00 petang.

Bagaimana Belanjawan 2026 membantu rakyat?

Belanjawan ini memberi perhatian kepada subsidi bersasar, penambahbaikan sistem kesihatan, peluasan kemudahan pendidikan termasuk STEM dan TVET, memperkukuh sokongan dalam pekerjaan dan pembangunan infrastruktur khususnya di luar bandar, Sabah dan Sarawak.

Apakah yang dimaksudkan dengan subsidi bersasar?

Subsidi bersasar adalah pendekatan untuk memberikan bantuan kewangan dan subsidi hanya kepada golongan yang memerlukan untuk mengurangkan pembaziran dan penyelewengan, sekali gus meningkatkan keberkesanan bantuan.

Apakah peranan Belanjawan 2026 dalam transformasi ekonomi Malaysia?

Belanjawan ini berperanan sebagai pelan strategik jangka panjang yang meneruskan transformasi ekonomi berasaskan digitalisasi, inovasi, perindustrian berteknologi tinggi dan pembangunan mampan.

Leave a Comment