IJAZAH SARJANA PERGURUAN PEDAGOGI : 2025 PERMOHONAN & PENDAFTARAN ONLINE
Institut Pendidikan Guru (IPG) pada tahun ini 2025 akan terus komited dalam memperkasakan profesion keguruan di Malaysia melalui pelbagai inisiatif pembangunan profesional dan salah satu program penting yang ditawarkan adalah Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP).
Bagaimanakah semakan permohonan ijazah perguruan pedagogi? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN PERAK PRIHATIN 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR
TUJUAN UTAMA IPG DITUBUHKAN
Antara tujuan institu ditubuhkan adalah seperti berikut :
- Program ini dirangka khusus untuk guru-guru yang berdedikasi untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi, dan kepakaran dalam bidang pendidikan masing-masing.
- Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta memberi pendedahan kepada kaedah pendidikan terkini.
- Program ini direka khusus untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan sedang berkhidmat di sekolah atau institusi pendidikan di bawah KPM.
- PISP di IPG menjadi wadah penting dalam melahirkan pemimpin pendidikan masa depan yang berkaliber dan inovatif.
TARIKH PERMOHONAN IJAZAH SARJANA PERGURUAN PEDAGOGI
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dalam bidang Pedagogi di IPG boleh merancang membuat permohonan bagi mengikuti Program (Pedagogi) melalui pautan sistem permohonan PISP IPG seperti berikut.
| PAUTAN PERMOHONAN | TARIKH PERMOHONAN |
|---|---|
| https://mypdpp.moe.gov.my/mypisp/ | 2 Mei hingga 23 Mei 2025 |
SYARAT PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA PERGURUAN PEDAGOGI
Untuk dipertimbangkan untuk kemasukan ke dalam Program di bawah IPG, calon mestilah mengikut kriteria syarat seperti berikut :
- Kewarganegaraan Malaysia: Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Status Perkhidmatan: Berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
- Kelayakan Akademik: Memiliki Ijazah Sarjana Muda (dengan kepujian) dalam bidang yang relevan dengan bidang pengkhususan yang ditawarkan oleh program PISP.
- Pengalaman Mengajar: Mempunyai pengalaman mengajar dalam tempoh yang ditetapkan oleh IPG.
- Lulus Saringan: Berjaya dalam temu duga atau ujian saringan lain yang mungkin diadakan oleh pihak IPG.
- Syarat Khusus: Memenuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh program pengajian tertentu.
KAMPUS YANG MENAWARKAN PROGRAM
Peserta program boleh memilih kampus yang ditawarkan seperti berikut :
| ZON | NAMA KAMPUS |
|---|---|
| ZON UTARA | IPGK IPOH |
| ZON TIMUR | IPGK DATO RAZALI ISMAIL |
| ZON TENGAH | IPGK PENDIDIKAN ISLAM |
| ZON SELATAN | IPGK PENDIDIKAN TEKNIK |
| ZON SARAWAK | IPGK BATU LINTANG |
| ZON SABAH | IPGK GAYA |
CARA MEMOHON MELALUI MyPISP

Permohonan PISP dibuka secara atas talian melalui portal rasmi myPISP. Bagi tahun 2025, permohonan dibuka bermula 2 Mei hingga 23 Mei 2025. Pemohon dikehendaki:
- Mendaftar akaun di portal myPISP.
- Mengisi borang permohonan lengkap.
- Memuat naik dokumen sokongan (salinan kad pengenalan, surat sokongan Ketua Jabatan, salinan akademik).
- Menghantar permohonan sebelum tarikh tutup.
Setelah permohonan dihantar, calon boleh menyemak status kelulusan melalui akaun masing-masing.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP), sila hubungi egawia yang bertugas melalui kaedah berikut:
- Jabatan Pengajian Siswazah, Pusat Pembangunan Latihan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia,Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 63000 Cyberjaya,SELANGOR
- 03-8312 6666