JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS

Kementerian Kewangan (MOF) telah melancarkan program yang diyakini dapat membantu meringankan beban dan menjamin kesejahteraan rakyat yang diberi nama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sejak tahun 2024 sehingga kini dengan bajet yang telah ditambah melalui sumbangan belanjawan Kerajaan Madani dibawah naungan Perdana menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Berapakah jumlah bayaran str? Ikuti info dibawah sehingga akhir.

BACA JUGA : STR HASIL 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2

TARIKH JUMLAH STR FASA 2

Bayaran STR akan dibayar secara berfasa pada tarikh seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
FASA (1)22 hingga 28 Januari 2025
FASA (2)3 April 2025 dan berperingkat
FASA (3)Belum diketahui
FASA (4)Belum diketahui

*Nota : Tarikh bayaran Fasa ke-2 di atas akan dikemaskini kembali sekiranya terdapat perubahan tarikh.

AMAUN BAYARAN STR FASA 2

Amaun yang dipaparkan dibawah adalah merupakan bayaran penuh bagi tahun 2025 :

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
BANTUAN STR 205
Isi rumah berpendapatan
RM2500 kebawah
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi rumah berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangRM600

*Nota : Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima amaun bayaran Fasa ke-2 yang berbeza dan perlu disemak melalui laman rasmi STR.

KATEGORI LAYAK STR FASA 2

Berikut merupakan kategori serta kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bayaran bantuan STR fasa 2 :

  1. ISI RUMAH :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah tidak melebihi RM5,000 dan ke bawah.
  2. WARGA EMAS :
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. BUJANG :
    • Belum berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 2

Cara pembayaran STR fasa 2 adalah seperti berikut :

  1. Penerima ada Akaun Bank
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
  2. Penerima tiada akaun bank
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran Seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

PANDUAN SEMAKAN STR

Ikuti panduan semakan status Bantuan STR fasa ke 2 adalah seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment