LOGIN MYSTR : CARA LOG MASUK PORTAL SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026
Tahukah anda? Cara untuk mengelog masuk kedalam sistem Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) sudah tidak seperti dulu lagi, oleh itu Penerima yang layak perlu mengikuti step atau cara yang betul agar tidak tersalah memberikan maklumat.
Bagaimakah Cara Login MySTR? Ikuti step dibawah sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN ONLINE MYSTR : SEMAK STATUS BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026
PAUTAN RASMI LOGIN MYSTR
Laman MySTR ialah Portal Rasmi untuk penerima mendapatkan urusan dan info terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti :
- Permohonan Baharu;
- Semakan Status Permohonan;
- Semakan Keputusan Rayuan;
- Semakan Status Kelayakan;
- Semakan Status Pembayaran;
- Kemas kini Maklumat.
| LAMAN RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| PORTAL RASMI MYSTR 2026 | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
CARA LOGIN MYSTR 2026
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
SYARAT LAYAK MYSTR 2026
Syarat dan kategori bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Isi Rumah
- Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
- Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
- Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
WAJIB TAHU ! : Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
JUMLAH BANTUAN MYSTR 2026
Amaun yang Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut :
- Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
- Tiada anak : RM700
- 1 – 2 anak : RM1,200
- 3 – 4 anak : RM1,700
- 5 dan ke atas : RM2,200
- Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
- Tiada anak : RM200
- 1 – 2 anak : RM450
- 3 – 4 anak : RM700
- 5 dan ke atas : RM950
- Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
- RM600.
INFO TAMBAHAN MYSTR 2026
Maklumat tambahan yang anda perlu tahu ialah seperti berikut :
- STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
- SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.
- SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.
SOALAN LAZIM (FAQ) LOGIN MYSTR 2026
Antara soalan yang selalu ditanya adalah seperti berikut :
- Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
- Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
- Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
- Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
- Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
- Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
- Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
- Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
- Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
- Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]