LUPA KATA LALUAN STR – CARA DAPATKAN BALIK PASSWORD MySTR HILANG ATAU TERLUPA
Sekiranya anda terlupa kata laluan log masuk MySTR (Sumbangan Tunai Rahmah), jangan risau. Anda boleh tukar kata laluan anda secara online melalui portal rasmi STR.

Artikel ini memberikan panduan lengkap tentang cara mendapatkan semula kata laluan mySTR anda.
APA ITU MySTR?
mySTR ialah portal rasmi untuk rakyat Malaysia memohon, mengemas kini dan menyemak status bantuan STR. Di portal ini, pemohon boleh menyemak jumlah bantuan yang diterima dan mengemas kini maklumat peribadi seperti pendapatan, akaun bank dan maklumat waris. Akses ke akaun mySTR adalah sangat penting.
“Untuk maklumat lanjut tentang cara pendaftaran akaun mySTR, anda boleh merujuk artikel kami yang lengkap di sini : MySTR 2026“
LUPA KATA LALUAN MYSTR 2026
Berikut ialah langkah terperinci untuk menukar kata laluan mySTR. Ikuti dengan teliti untuk memastikan proses berjalan lancar.
- Layari laman Rasmi STR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Klik ‘Terlupa Kata Laluan‘.

- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Klik butang Semak
- Masukkan maklumat Alamat e-Mel yang Berdaftar
- Klik butang Hantar
- Sistem akan memaparkan pengesahan telah dihantar ke emel yang diisi
- Semak emel untuk mendapatkan kata laluan sementara untuk penukaran kata laluan

- Log Masuk ke dalam sistem dengan mengisi kata laluan sementara
- Klik butang Log Masuk
- Masukkan Kata Laluan Sementara ke medan Kata Laluan Semasa
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan Baharu
- Klik butang Tukar Kata Laluan
- Penukaran Kata Laluan Berjaya

- Jika kata laluan tidak tepat, sistem akan memaparkan kata kunci keselamatan.
- Klik butang Ya
- Lengkapkan soalan-soalan keselamatan yang dipaparkan
- Klik butang Hantar
- Isi Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Bahru
- Gunakan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol untuk keselamatan akaun anda.
- Klik butang Tukar
- Sistem akan memaparkan Kata Laluan Berjaya ditukar

Selepas menetapkan kata laluan baharu, kembali ke halaman log masuk mySTR dan masukkan kata laluan baharu anda untuk mula mengakses akaun mySTR anda.
TIPS MENGELAKKAN TERLUPA KATA LALUAN
- Pilih kata laluan yang kuat : Elakkan kata laluan yang mudah diteka. Gabungkan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol.
- Kemas kini maklumat peribadi : Pastikan alamat e-mel dan nombor telefon anda adalah terkini.
- Catatkan kata laluan anda dengan selamat : Jika anda tidak mahu menggunakan pengurus kata laluan, catatkan kata laluan anda di tempat yang selamat.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Pastikan e-mel atau nombor telefon anda betul dan aktif. Semak folder spam anda atau cuba semula.
Tidak, anda hanya boleh mengemas kini maklumat selepas log masuk dengan kata laluan baharu anda.
KESIMPULAN
Terlupa kata laluan adalah perkara biasa. Dengan panduan ini, anda boleh mendapatkan semula akses ke akaun mySTR anda dengan mudah. Ikuti langkah-langkah di atas dan sentiasa melindungi keselamatan akaun anda dengan memilih kata laluan yang kuat.
Jangan biarkan kata laluan yang terlupa menghalang anda daripada menerima bantuan STR. Tukar kata laluan anda sekarang dan dapatkan akses kepada maklumat bantuan tunai anda.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Talian Hotline MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566
- Emel : [email protected]
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/