MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 : SECARA ONLINE

MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 : SECARA ONLINE

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan disalurkan secara automatik kepada 5.4 juta penerima yang layak termasuk penerima sedia ada dan penerima baharu merangkumi golongan miskin, miskin tegar dan bukan miskin.

Bagaimanakah semakan status mykasih? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : MYKASIH ONLINE : SEMAKAN STATUS 2025

SEMAK APA ITU MYKASIH

MYKASIH adalah sebuah inisiatif kerajaan Malaysia, melalui MyKasih Foundation, untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 dalam bentuk kredit e-dompet yang dimasukkan ke dalam MyKad penerima.Bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka membeli keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, dan keperluan rumah di kedai-kedai yang berdaftar.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA 2025:

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAK PENERIMA LULUS MYKASIH 2025

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Melalui Portal rasmi MyKasih;
  • atau melalui Portal rasmi MySTR.

SEMAKAN DI PORTAL RASMI MYKASIH :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SEMAKAN DI PORTAL MYSTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

MANFAAT PENERIMA MYKASIH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara bulanan khusus untuk penerima membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

SEMAKAN SENARAI BARANG MYKASIH 2025

Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment