MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ONLINE

MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ONLINE

Untuk membantu golongan yang memerlukan dan meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan, kerajaan melaksanakan program bantuan SARA dengan menyalurkan bantuan bulanan terus melalui MyKad penerima bagi memastikan mereka mendapat barangan keperluan asas, termasuk makanan, dengan lebih mudah.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan penerima mykasih 2025 secara online? ikuti artikel ini sehingga akhir.

BACA JUGA : BANTUAN ASAS RAHMAH : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bukan eKasih;
  3. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; atau
  4. Berstatus eKasih;
  5. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  6. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui (2) cara kaedah seperti berikut.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

CARA BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Bantuan sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 disalurkan seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Seluruh Malaysia
termasuk Sabah, Sarawak dan W.P.
Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI
kedalam MyKad (IC) penerima, dan
penerima boleh membeli barangan
keperluan asas di pasaraya yang
terpilih dengan mengunakan MyKad.

SENARAI BARANGAN ASAS MYKASIH

Berikut merupakan antara 10 kategori barangan dapur yang berlabel MyKasih yang boleh dibeli di pasaraya dengan mengunakan MyKad:

  • Beras :Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti :Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur :Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak :Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung :Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut :Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera :Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman :Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin :Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa :Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima adalah seperti berikut:

  • Kategori penerima STR & BERSTATUS Miskin /Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR
& (BERSTATUS eKasih)
BULAN
JANUARI-MAC
BULAN
APRIL-DISEMBER
Isi Rumah
(Ketua Keluarga)
RM100 sebulanRM200 sebulan
Warga emas tiada pasanganRM100 sebulanRM150 sebulan
BujangRM50 sebulanRM50 sebulan
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR
(BUKAN eKasih)
BULAN
JANUARI-MAC
BULAN
APRIL-DISEMBER
Isi Rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
Warga emas tiada pasanganRM50
sebulan
Bujang

TARIKH BYARAN BANTUAN MYKASIH

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR &
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih
Diagihkan setiap bulan
Bermula Bulan JANUARI sehingga bulan DISEMBER
(Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan STR SAHAJA
(BANTUAN berstatus eKasih)
Diagihkan setiap bulan
Bermula bulan APRIL sehingga bulan
DISEMBER
(Selama 9 Bulan)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment