MYSTR 2026 LOGIN (BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH) – SEMAKAN KELAYAKAN, KEMASKINI & PERMOHONAN
Bermula 13 Oktober 2025, permohonan baharu, semakan kelayakan dan kemaskini maklumat bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026 boleh dibuat melalui portal rasmi MySTR.

Anda boleh mengakses portal ini melalui pautan yang disediakan. Adalah penting untuk diingatkan bahawa, semua permohonan perlu dilakukan melalui platform atas talian yang sah sahaja bagi menjamin keselamatan informasi.
Apa itu STR?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) ialah bantuan kewangan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan kos sara hidup. Dengan adanya STR, diharap dapat membantu keluarga yang berpendapatan rendah untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Oleh sebab itu, kerajaan menggalakkan mereka yang layak untuk membuat permohonan atau mengemaskini maklumat supaya tidak ketinggalan dalam menerima manfaat yang disediakan.
“Penerima STR Fasa 4 boleh semak jumlah bantuan mengikut kategori di artikel : Info STR Fasa 4 – Semakan Status & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori.”
Kelayakan Penerima STR 2026 Mengikut Kategori
Pemohon layak memohon STR 2026 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Kahwin atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan
- Had umur adalah 21 – 59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Cara Daftar Akaun MYSTR 2026
Semua pemohon perlu mendaftar akaun MySTR yang baharu, termasuk mereka yang sudah mempunyai akaun pada tahun-tahun sebelumnya. Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah :
- Layari portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada butang “LOG MASUK”.
- Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
- Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang ‘Daftar Akaun’.
Login STR 2026
Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2026. Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut :
- Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi STR
- Klik butang “Log Masuk”
- Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
- Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
- Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
- Selesai.
Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah :

Panduan Kemaskini Maklumat STR
Siapa Perlu Kemaskini Maklumat?
- Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat.
- Perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BKM 2022, STR 2023, 2024 dan 2025 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan.
- Tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.
- Tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.
- Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu
Jangan lupa kemaskini maklumat STR anda bermula 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025 untuk mendapat kelulusan STR FASA 1 2026.
Permohonan STR 2026
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2026 adalah seperti berikut :
- Individu atau isi rumah yang belum pernah membuat permohonan STR sebelum ini (pemohon baharu).
- Mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima STR tahun sebelumnya dan ingin mendapatkan bantuan untuk tahun 2026.
- Individu atau isi rumah yang telah mendapat status “Tidak Layak” selepas semakan STR sebelumnya, perlu membuat permohonan baharu jika ingin dipertimbangkan semula.
- Mulai 15 Oktober, pengguna boleh log masuk portal mySTR menggunakan akaun sedia ada.
Panduan Permohonan STR 2026 Online
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut :
- Layari Portal STR 2026 di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang “Permohonan Baharu”.
- Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID
- Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
- Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta
Panduan Permohonan Baru STR Secara Manual
Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh :
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat : Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
MAKLUMAT & INFO LANJUT STR 2026
Untuk mengetahui maklumat terkini atau sebarang pertanyaan mengenai STR 2026, anda boleh layari atau hubungi :
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Laman Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak dalam memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat amatlah dihargai.
Semoga dengan adanya sumbangan ini, dapat memberikan sedikit kelegaan dan membantu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.