NIAT AQIQAH UNTUK ANAK PEREMPUAN (PANDUAN LENGKAP)

NIAT AQIQAH UNTUK ANAK PEREMPUAN (PANDUAN LENGKAP)

Segala amal ibadah sebagai seorang Islam bermula dengan niat. Jadi ibadah aqiqah juga perlu dilakukan bersama niat aqiah agar ia diterima Allah SWT. Malangnya, ramai ibu bapa tidak tahu apakah niat aqiqah terutamanya mereka yang baru menerima kelahiran pertama. Jika bukan anak pertama pun, mungkin paling cepat setahun kemudian untuk anda lafazkan sekali lagi. Jadi ada baikkan teruskan pembacaan untuk mengetahui secara amnya ibadah aqiqah dan niat aqiqah anak.

Bagaimanakah Niat aqiqah ? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : LAFAZ NIAT SEMBELIHAN : IBADAH KORBAN RAYA HAJI

APA ITU IBADAH AQIQAH

Ibadah aqiqah daripada sudut bahasa bermaksud melubangi atau memutus dan perkataan tersebut berasal daripada perkataan ‘aqq. Dari sudut istilah, aqiqah ialah penyembelihan binatang yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa.


“aqiqah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”

HUKUM NIAT AQIQAH ANAK PEREMPUAN

Menurut Imam Syafie dan jumhur ulama hukum aqiqah adalah sunat muakad. Sunat muakad merupakan ibadah sunat yang amat dituntut dalam Islam. Bahkan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan tuntutan ini. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

كُّلَّ غُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِه وَيَخْلَقُ وَيُسَمَّى

“Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya dan diberi nama”.

(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tarmidzi dan Ibn Majah)

SYARAT SAH IBADAH AQIQAH

Sebagaimana ibadah lain, ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat sah bagi menyempurnakannya. Antara syarat sah ibadah ini ialah:

  • Berniat aqiqah.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan seperti
    • Haiwan ternakan berkaki empat seperti kambing, lembu, kerbau dan unta.
    • Tiada kecacatan pada haiwan tersebut, sama ada kecacatan luaran dan dalaman.
    • Haiwan sudah cukup umur.
  • Disembelih pada waktunya, iaitu pada hari ke-7 selepas kelahiran anak atau pada bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh. Jika sudah baligh, anak itu perlu mengaqiqahkan dirinya sendiri.

CARA NIAT AQIQAH UNTUK ANAK PEREMPUAN

Bacaan ini perlulah dibacakan ketika sembelihan sedang dilakukan seperti berikut :

NIAT AQIQAH UNTUK ANAK PEREMPUAN

Sumber Gambar : AQIQAH CENTRE

Bacaan: Bismillah Allahu Akbar Allaahumma minka wa laka, haadzihi ‘aqiiqotu [fulaan]

Maksudnya: Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, Ya Allah ini dari-Mu dan untuk-Mu. Ini adalah aqiqah fulaan

Penyebutan [fulaan] itu diganti dengan nama anak yang ingin diaqiqahkan. Contoh, nama anak Muhammad Ali bin Muhammad Zain, maka ganti [fulaan] dengan “Muhammad Ali bin Muhammad Zain”

RUJUKAN

Artikel diatas adalah sumber rujukan daripada pelbagai sumber yang diberikan seperti berikut :

Leave a Comment