PADANS SABAH LOGIN : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN
Satu inisiatif untuk Rakyat Sabah telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah sebagai inisiatif pembasmian kemiskinan di Negeri Sabah melalui pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat yang selaras dengan agenda nasional.
Bagaimanakah semakan padans? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAK MYKASIH ONLINE 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
APA ITU PADANS
PADANS merupakan Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah iaitu Portal Rasmi untuk permohonan, semakan penerima dan pengemaskinian maklumat penerima bagi Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah.
TUJUAN PELAKSANAAN PADANS SABAH 2025
Objektif perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Bantuan Kewangan untuk Keperluan Asas:
- Untuk meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Bantuan untuk kehidupan selesa:
- Untuk membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa;
- Pengurangan Kemiskinan Tegar:
- Untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA PADANS
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
PERMOHONAN BANTUAN PADANS SABAH LOGIN 2025
Untuk makluman, permohonan melalui Pejabat Daerah/ UPPM telah ditutup pada 31 Januari 2025. Permohonan yang telah dibuat melalui Pejabat Daerah/UPPM, pemohon boleh mengemas kini maklumat di dalam SISTEM PANGKALAN DATA NEGERI SABAH (PADANS).
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH PADANS
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Online Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di sini: https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang (Semak).
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://sukur.sabah.gov.my/
- Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
- Kemudian, klik (Semak).
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai
JUMLAH BANTUAN PADANS SABAH LOGIN
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
| FASA BAYARAN | AMAUN BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Penyaluran Bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3 dan 4) | RM 900 SETIAP FASA |
CARA PEMBAYARAN BANTUAN PADANS SABAH
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
- Penerima yang Mempunyai Bank Akaun:
- Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
- Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’:
- Bantuan akan diberikan secara tunai;
- Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp:
- Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
- Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat: https://padans.sabah.gov.my/