PEMBELIAN NO PIN UPU : TARIKH & CARA

PEMBELIAN NO PIN UPU : TARIKH & CARA

Bagi yang berkelayakan untuk memasuki Gerbang Pembelajaran yang lebih tinggi, anda perlu menyemak serta mengambil tahu cara mengaktifkan permohonan untuk ke Universiti Awam, Politeknik, dan Kolej Komuniti. Simpan resit pembelian dengan teliti.

Bagaimanakah pembelian No Pin UPU 2026? Ikuti cara mudah dibawah.

BACA JUGA : SEMAK TEMPAT UNDI 2026 : MELALUI MYKAD ATAU IC

APA ITU NO PIN UPU

No. Pin UPU ialah nombor pengenalan khas yang perlu dibeli oleh pemohon sebagai syarat untuk membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi di bawah MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) melalui sistem UPUOnline.

CARA PEMBELIAN NO PIN UPU

Terdapat beberapa cara pembelian No Pin yang boleh anda lakukan. Berikut adalah kaedahnya yang tepat:

  1. Pembelian Tunai Di Kaunter BSN
    • Salah satu cara beli No Pin BSN ialah dengan hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad dan wang untuk membuat bayaran.
    • Salinan MyKad pemohon perlu diberikan semasa membeli Pin Unik ID UPU.
  2. Cara Beli No Pin UPU BSN Melalui ATM
    • Kalau anda pengguna BSN, lagi senang sebab anda boleh beli no unik ID ini melalui ATM saja.Proses pembelian hanya perlu menggunakan kad BSN Matrix, Matrix-i atau GIRO.

Sila ikuti langkah di bawah untuk proses pembelian:

  1. Masukkan Kad ATM dan Nombor PIN
  2. Pilih Urusan: “Beli Pin”
  3. Pilih Jenis Permohonan: “IPTA”.
  4. Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan
  6. Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.
  7. Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.

TARIKH BELI NO PIN UPU

Tarikh pembelian no pin BSN ini bermula pada 28 Januari 2026 hingga 15 Mei 2026 untuk lepasan SPM dan STPM / setaraf.

HARGA PIN UPU BSN

Harga nombor pin BSN adalah bergantung kepada jenis program. Untuk makluman, harga no pin upu BSN ialah RM10.60.

SOALAN LAZIM (NO UPU)

Di manakah No. Pin UPU boleh dibeli?

No. Pin UPU boleh dibeli melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sama ada di kaunter cawangan, mesin ATM BSN atau secara dalam talian melalui perbankan internet MyBSN.

Bagaimana cara membeli No. Pin UPU di kaunter BSN?

Pemohon perlu hadir ke mana-mana cawangan BSN dengan membawa MyKad serta wang bayaran. Salinan MyKad pemohon perlu diserahkan semasa urusan pembelian nombor PIN unik ID UPU dibuat.

Bilakah tarikh pembelian No. Pin UPU dibuka?

Pembelian No melalui BSN dibuka bermula 28 Januari 2026 hingga 15 Mei 2026 bagi pemohon lepasan SPM dan STPM/setaraf.

Berapakah harga No. Pin UPU?

Harga No PIN yang ditetapkan oleh BSN ialah RM10.60, bergantung kepada jenis program yang dipilih.

RUJUKAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan No Pin UPU, anda boleh hubungi talian perkhidmatan pelanggan BSN di : 03 2613 1900.

Atau layari portal BSN. Anda boleh juga mendapatkan maklumat berkaitan pembukaan UPUOnline® melalui hebahan di media sosial rasmi seperti berikut:

Leave a Comment