PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA JOHOR : 2026 PERMOHONAN ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA JOHOR : 2026 PERMOHONAN ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

Permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor merupakan salah satu proses penting bagi ibu bapa atau penjaga yang ingin memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama secara formal dan sistematik.

Bagaimanakah Pendaftaran Sekolah agama johor? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAK RAYUAN MATRIKULASI : CARA (PANDUAN LENGKAP)

LATAR BELAKANG SEKOLAH AGAMA JOHOR

Sekolah Agama Johor (SAJ) merupakan sekolah agama di bawah kelolaan kerajaan negeri Johor memberi tumpuan kepada pengajian asas Islam merangkumi bidang Fardu Ain, Ibadah, Al-Quran, Akhlak, Jawi dan Bahasa Arab.

Program pendidikan ini disusun bagi menyokong sistem persekolahan kebangsaan, selari dengan objektif melahirkan murid yang seimbang dari aspek spiritual dan akademik.

TARIKH PENDAFTARAN

Bagi yang tertanya bilakah tarikh pendaftaran, berikut merupakan tarikh permohonan :

PERKARATARIKH PENDAFTARAN
Pendaftaran Sekolah Agama
Johor (SAJ)
01 JULAI 2025 HINGGA 31 OKTOBER 2025

CARA DAPATKAN BORANG PERMOHONAN

Permohonan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ) hendaklah menggunakan borang permohonan. Oleh itu, Ibu bapa atau penjaga perlu hadir secara langsung ke sekolah agama pilihan masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan. Ini bertujuan memastikan proses pendaftaran berjalan lancar dan memberi peluang kepada ibu bapa berinteraksi secara langsung dengan pihak sekolah.

Borang permohonan kemasukan boleh diperoleh di lokasi berikut :

SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH AGAMA JOHOR

Berikut merupakan syarat-syarat kemasukan :

  • Warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang akan memasuki Tahun 1 sekolah rendah pada 2026.

SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN

Untuk memudahkan proses permohonan, ibu bapa atau penjaga perlu membawa dokumen-dokumen berikut:

  1. Salinan MyKid / MyKad anak.
  2. Salinan sijil lahir anak.
  3. Salinan MyKad ibu bapa / penjaga.
  4. Slip gaji ibu bapa / penjaga.
  5. Bil api atau air kediaman.
  6. Empat keping gambar berukuran pasport anak atau;
  7. Sebarang dokumen sokongan lain jika perlu.

Dengan penyediaan dokumen lengkap ini, proses pendaftaran permohonan dapat berjalan dengan lebih lancar dan efisien.

RUJUKAN

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, ibu bapa atau penjaga boleh menghubungi pihak sekolah agama terdekat atau Pejabat Agama Daerah masing-masing. Mereka sedia membantu dan memberikan panduan lengkap berkaitan proses pendaftaran dan maklumat berkaitan.

Leave a Comment