PERAK PRIHATIN 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

PERAK PRIHATIN 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

Untuk memacu kesejahteraan dalam kepelbagaian kaum di Negeri Perak, Program Bantuan Kad Prihatin telah di agihkan di dalam bentuk kad yang dapat membantu dari segi kewangan, Semakan boleh dilakukan secara atas talian secara langsung memudahkan lagi pengguna yang layak untuk memohon Kad Prihatin Perak 2025.

Bagaimanakah Cara Semakan Kad Perak? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : BORANG PERMOHONAN KAD PERAK : CARA DAFTAR ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

CARA SEMAKAN KELAYAKAN KAD PRIHATIN 2025

Semakan kelayakan Bantuan Perak Prihatin boleh dilakukan seperti berikut:

KAEDAH MENGUNAKAN KAD BANTUAN PERAK PRIHATIN 2025

Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Prihatin, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:

  1. Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
  3. Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
  4. Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
  5. Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
  6. Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)

SENARAI BARANGAN KAD PERAK

Barangan yang diluluskan Kerajaan Perak dibawah Bantuan Perak Prihatin adalah seperti berikut :

  • Beras.
  • Mi dan bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan garam.
  • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak Masak.
  • Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
  • Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
  • Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
  • Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).

Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Prihatin boleh diperoleh dengan menghubungi:


Leave a Comment