PERMOHONAN PERAK PRIHATIN 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR ONLINE
Perak Prihatin adalah program kebajikan khusus untuk Kumpulan B40 yang dijalankan oleh kerajaan negeri untuk mengurangkan kos sara hidup melalui bantuan kewangan, program ini telah dilaksanakan bermula tahun 2019 di mana seramai 17,000 penerima telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program ini, dan pada tahun 2025 jumlah penerima bantuan yang menerima manfaat telah meningkat kepada seramai 19,012 penerima.
Bagaimanakah permohonan perak prihatin? Ikuti info lanjut sehingga akhir.
BACA JUGA : MYKASIH SEMAK 2025 SECARA ONLINE
SEMAK KELAYAKAN PERAK PRIHATIN
Semakan kelayakan bantuan perak prihatin boleh dilakukan seperti berikut :
| LAMAN RASMI | PORTAL |
|---|---|
| Bantuan Perak Prihatin | https://member.perakprihatin.com/site/login |
CARA AKTIFKAN KAD PERAK PRIHATIN
Cara pengaktifan dan cara guna kad boleh dilakukan melalui (1) cara seperti berikut :
- Laman Web pengaktifan Kad Perak Prihatin
KAEDAH KEGUNAAN KAD BANTUAN PERAK SEJAHTERA
Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:
- Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
- Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
- Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
- Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
- Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
- Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)
SENARAI BARANGAN PERAK SEJAHTERA YANG DILULUSKAN
Barangan yang diluluskan kerajaan Perak dibawah bantuan perak prihatin adalah seperti berikut :
- Beras.
- Mi dan bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak Masak.
- Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
- Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
- Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
- Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).
Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.
KEDAI PERMOHONAN PERAK PRIHATIN
Dibawah merupakan senarai kedai yang tersenarai dibawah program perak prihatin yang diluluskan :
| KEDAI PERAK PRIHATIN |
|---|
| https://ecentral.my/wp-content/uploads/2023/02/KEDAI-PANEL-PERAK-PRIHATIN_25032022.pdf |
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:
- 1800 22 6600
- perakprihatin.com
- [email protected]