PERMOHONAN TVET 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR KEMASUKAN KKTM,MJII & IKM

PERMOHONAN TVET 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR KEMASUKAN KKTM,MJII & IKM

Era ekonomi digital dan perindustrian yang berkembang pesat, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi tunjang kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi, khususnya dalam sektor-sektor strategik seperti automasi, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI), graduan TVET bukan sahaja mendapat akses kepada peluang pekerjaan yang lebih luas, malah berpeluang menyumbang kepada inovasi dan kemajuan negara.

Bagaimanakah Permohonan TVET 2025? Ikuti info lanjut sehingga akhir.

BACA JUGA : PERMOHONAN SPPM LPPSA 2025 : CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN MUDA

KENAPA PERLU BUAT PERMOHONAN TVET 2025

Antara sebab kenapa perlunya membuat permohonan adalah seperti berikut :

  1. Kebolehpasaran Tinggi
    • Dengan kebolehpasaran graduan melebihi 90%, kami membekalkan anda dengan kemahiran yang dicari dalam dunia pekerjaan. Tidak perlu risau, masa depan anda di tangan yang betul.
  2. Latihan Praktikal Terbaik
    • Dapatkan pengalaman sebenar melalui latihan hands-on yang mempersiapkan anda untuk cabaran industri. Belajar sambil beraksi.
  3. Kurikulum Terkini
    • Program kami sentiasa dikemas kini untuk memastikan anda mempunyai kelebihan di pasaran. Belajar apa yang diperlukan sekarang dan bersiap untuk masa depan.
  4. Peluang Sambung Belajar
    • Graduan kami berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, dalam dan luar negara, membuka lebih banyak peluang untuk karier yang lebih cerah.
  5. Tenaga Pengajar Berpengalaman
    • Dapatkan bimbingan daripada pakar industri yang berpengalaman dan bersedia membantu anda mencapai matlamat.

SYARAT MOHON TVET MARA 2025

Untuk memohon kemasukan ke Program TVET anjuran MARA, anda boleh semak kelayakan seperti dibawah:

PROGRAM DITAWARKANSEMAKAN KELAYAKAN
Peringkat SijilIKM (Semak disini)
http://www.tvetmara.edu.my/booklet/ikm
Peringkat DiplomaKKTM (Semak disini)
http://www.tvetmara.edu.my/booklet/kktm
MJII (Semak disini)
http://www.tvetmara.edu.my/booklet/mjii

CARA PERMOHONAN TVET 2025

Berikut merupakan langkah mudah bagi memohon TVET 2025 seperti berikut :

  1. Daftar Pengguna baru (jika sudah berdaftar boleh terus log masuk).
  2. Log masuk akaun dengan menekan tombol (LOG MASUK).
  3. Kemaskini profil pemohon seperti;
    • Maklumat pemohon
    • Maklumat Ibu bapa penjaga
    • Maklumat tambahan
    • Maklumat persekolahan
    • Maklumat persijilan yang lain
    • Perakuan
  4. Pilih pilihan kursus yang anda minati sesuai kelayakan pemohon.
  5. Hantar permohonan.

TARIKH PENTING PROGRAM MARA 2025

Program yang dibuat oleh Mara telah diberikan tarikh yang terperinci seperti berikut :

PERKARATARIKH MULATARIKH TAMAT
Permohonan14/04/202515/06/2025
Temuduga (jika ada)02/06/202513/06/2025
Tawaran Institusi kepada calon11/06/202520/06/2025
Calon setuju terima tawaran13/06/202522/06/2025
Rayuan23/06/202516/07/2025

TEMPOH PENGAJIAN KEMAHIRAN MARA 2025

PERINGKAT PENGAJIANTEMPOH
Peringkat Sijil24 Bulan (termasuk Latihan Industri)
36 Bulan (termasuk Latihan Industri) – Elektrik (Kuasa) sahaja
Peringkat Diploma24 – 36 Bulan (termasuk Latihan Industri)

RUJUKAN

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai bertugas melalui :

  • Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
  • +60 3 2613 4258
  • +60 3 2691 4510
  • [email protected]

Leave a Comment