SARA 2026 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS SAMA ADA DAPAT ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA BAYARAN
Terkini ! Semakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 telah dibuka dan diagihkan secara automatik kepada penerima yang layak dibawah Bantuan STR, penerima yang berkelayakan seperti Isi Rumah, Warga emas boleh menebus bantuan di premis yang terpilih sahaja.
Bagaimanakah cara semak SARA 2026 dalam mykad? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : CARA MOHON BANTUAN SARA : JIKA ANDA LAYAK SILA DAFTAR SEKARANG SEMENTARA MASIH DIBUKA (PANDUAN LENGKAP)
SYARAT LAYAK SARA 2026 DALAM MYKAD
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khas diberikan kepada rakyat-rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa (berdaftar eKasih); atau
- Pendapatan RM2,500 hingga tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 :
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
JUMLAH BANTUAN SARA 2026
Kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- Isi Rumah B40 (Daftar eKasih) : RM2,400 setahun.
- Isi Rumah B40 & M40 : RM1,200 setahun.
- Warga Emas : RM600 setahun.
- Bujang : RM600 setahun.
*Serta bayaran tambahan one-off sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia termasuk penerima B40 dan M40.
TARIKH MASUK SARA 2026 DALAM MYKAD
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ansur berperingkat mengikut jadual seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bayaran setiap bulan | Januari hingga Disember 2026 |
| Bayaran Secara One off | Pertengahan Februari 2026 |
CARA MOHON SARA MELALUI STR
Untuk memohon Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), pemohon perlu kemukakan permohonan di Portal Rasmi STR kerana ianya diberikan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. (Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat).
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang. (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
CARA SEMAK SARA 2026 DALAM MYKAD
Penerima boleh mengetahui status kelayakan sedia ada seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal rasmi MyKasih :https://mykasih.com.my/.
- Halama utama MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
BARANGAN SARA 2026
Antara barang-barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah :
- Beras.
- Mi Segera.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan Garam.
- Sos, Kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- Ubat-ubatan
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?
Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?
Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
Di mana saya boleh guna SARA?
SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini
Berapakah amaun SARA yang diterima?
Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
Bagaimana cara semak kelayakan SARA?
Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]