SARA 2026 ONE OFF : SEMAKAN
Untuk pengetahuan semua, Kerajaan MADANI telah menambah baik bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada satu (1) lagi tambahan bantuan iaitu Bantuan SARA One Off yang secara langsung akan automatik diterima oleh penerima yang layak SARA atau STR 2026.
Bagaimanakah Cara Semakan SARA 2026 One Off? Ikuti info lanjut disini sekarang.
BACA JUGA : CHECK STATUS MYKASIH 2026 : TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA & JUMLAH BAKI DALAM MYKAD
APA ITU SARA 2026 ONE OFF
Bantuan ONE-OFF ialah inisiatif Kerajaan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua rakyat Malaysia sebanyak RM100 secara sekali pelaksanaan bayaran (ONE-OFF) bagi meringankan kos sara hidup yang dihadapi.
SARA (ONE-OFF) diteruskan lagi pada tahun 2026, untuk membantu rakyat Malaysia dalam membuat persiapan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
CARA PELAKSANAAN SARA
Bantuan SARA akan dilaksanakan seperti berikut :
- Nama Program : SARA untuk semua (SARA ONE-OFF)
- Kelayakan : Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas)
- Jumlah Bantuan : RM100 ONE-OFF (Sekali Bayaran)
- Cara Pelaksanaan : Bantuan dilaksanakan di bawah Program SARA dan akan dikreditkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima
- Tarikh Pelaksanaan SARA ONE-OFF : 9 Februari 2026.
SYARAT LAYAK SARA ONE OFF
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah ONE-OFF 2026, terdiri daripada :
- Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
- Berumur : Bermula 18 tahun dan ke atas
- Kelayakan : Sumbangan Asas Rahmah ONE-OFF adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.
JUMLAH BAYARAN SARA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA ONE OFF) 2026 seperti berikut :
| SYARAT | JUMLAH | TARIKH |
|---|---|---|
| Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas | RM100(ONE-OFF) | 9 Februari 2026 |
Bantuan dilaksanakan pada bulan Februari sebagai persiapan untuk bulan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
CARA SEMAK SARA 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah ONE OFF (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut.
SENARAI BARANGAN SARA ONE OFF
Kredit SARA ONE OFF boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada lebih 14 kategori melibatkan puluhan ribu produk, berikut adalah senarai barang mykasih:
- Beras, roti dan bijirin
- Telur, minyak masak dan gula
- Makanan bayi dan lampin pakai buang
- Ubat asas dan barangan kesihatan
- Sabun, pencuci dan barangan kebersihan
- Alat tulis dan keperluan sekolah
Pembelian boleh dibuat di lebih 4,000 kedai dan pasar raya seluruh negara termasuk Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit berdaftar.
ADAKAH PERLU MOHON SARA ONE OFF
Tidak perlu mohon.
Kelayakan ditentukan secara automatik berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Selagi MyKad anda aktif dan maklumat diri adalah sah, bantuan akan dikreditkan secara automatik ke sistem MyKasih.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
Adakah bantuan ini dalam bentuk tunai?
Tidak. Bantuan diberikan dalam bentuk kredit MyKad untuk pembelian barangan asas.
Bolehkah wang RM100 ini dikeluarkan?
Tidak boleh. Ia hanya boleh digunakan di kedai berdaftar MyKasih.
Jika MyKad rosak atau hilang?
Segera uruskan penggantian MyKad di JPN kerana bantuan menggunakan pengesahan kad pengenalan.
Adakah warga emas turut layak?
Ya. Selagi berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]