SARA ONE OFF RM100 : SEMAKAN 2025 ONLINE

SARA ONE OFF RM100 : SEMAKAN 2025 ONLINE

Sebagai tanda penghargaan Kerajaan kepada seluruh rakyat, bantuan RM100 secara one-off bakal dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan akan disalurkan kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang layak.

Bagaimanakah cara semak sara one off rm100? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA RM100 ONLINE : 2025 ONE OFF

SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF RM100

Kelayakan penerima bantuan SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;
  • Tanpa mengira pendapatan;

SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

SEMAK STATUS SARA ONE OFF RM100

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Untuk makluman, status kelayakan penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak mulai 21 Ogos 2025. Semakan juga boleh dilakukan di Aplikasi MyKasih https://mykasih.com.my/mykasih-app/

SARA ONE OFF RM100

TARIKH KREDIT SARA ONE OFF RM100

Bantuan RM100 one-off akan dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025(Ahad). Kredit RM100 ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.

MANFAAT SARA ONE OFF

Bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima secara automatik, dan boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara seperti makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

CARA GUNA SARA ONE OFF RM100

Penerima boleh menggunakan kredit SARA ONE-OFF untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SEMAK BAKI SARA 2025

Terdapat tiga (3) cara mudah untuk menyemak baki bayaran Bantuan SARA One-off :

Semakan Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik pada ikon [TNG Card].
  4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
  6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
  7. Klik pada butang [Submit].
  8. Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  9. Selesai.

Semak Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n Go :

  1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
  2. Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
  3. Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  4. Selesai.

Semakan Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka :

  1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
  2. Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
  3. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment