SEMAKAN SARA RM100 ONLINE : 2025 ONE OFF
Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) diperkenalkan sebagai bantuan tambahan bersasar bagi membantu golongan yang memerlukan khususnya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun, kerajaan telah menambah peruntukan untuk disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak dalam MyKad.
Bagaimanakah semakan sara rm100 online? Ikuti panduan lebih lanjut di bawah sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA ONLINE 2025 : RM100
SIAPA LAYAK SARA RM100 ONLINE
Kelayakan penerima bantuan SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:
- Setiap Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan;
SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
CARA SEMAKAN SARA RM100 ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
Untuk makluman, status kelayakan penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak mulai 21 Ogos 2025. Semakan juga boleh dilakukan di Aplikasi MyKasih https://mykasih.com.my/mykasih-app/
SENARAI BARANG SARA RM100 ONLINE
Barangan Keperluan Asas yang diluluskan menggunakan SARA RM100 adalah seperti berikut:
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk
TARIKH BAYAR SARA RM100
Bantuan RM100 one-off akan dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad). Kredit RM100 ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
CARA GUNA SARA RM100 ONLINE
Penerima boleh menggunakan kredit SARA ONE-OFF untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]