SEMAK BANTUAN JKM ONLINE : STATUS KELAYAKAN PENERIMA 2026

SEMAK BANTUAN JKM ONLINE : STATUS KELAYAKAN PENERIMA 2026

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai bentuk Bantuan Bulanan yang khusus untuk membantu rakyat-rakyat yang memerlukan sokongan kewangan untuk kelangsungan hidup sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semakan Bantuan JKM online? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA APRIL 2026 : BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD

SENARAI BANTUAN JKM ONLINE

Terdapat beberapa jenis Bantuan Bulanan yang sediakan oleh JKM, antaranya adalah termasuk :

  • Bantuan Kanak-kanak (BKK) :
    • Untuk keluarga / penjaga kepada kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) :
    • Sebagai inisiatif kepada pekerja OKU supaya dapat terus bekerja dan mempu berdikari.
  • Bantuan Orang Kurang Upaya (BTB) :
    • Untuk membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan supaya dapat terus tinggal bersama bekerja.
  • Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) :
    • Mengekalkan pesakit terlantar / OKU terlantar / pesakit kronik tidak terlantar hidup (untuk menggalakkan keluarga / penjaga untuk terus menjaga).
  • Bantuan Warga Emas (BWE) :
    • Supaya dapat meneruskan kelangsungan kehidupan untuk warga emas yang memerlukan.
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) :
    • Untuk membantu individu / keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan serta menetap di Wilayah Persekutuan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup.
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) :
    • Bagi ibu / bapa atau penjaga yang memelihara anak kurang bernasib baik seperti yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus dapat dijaga seperti anak sendiri.
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) :
    • Membantu klien Jabatan / anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih / bekas penghuni institusi kebajikan atau memdapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja di mana-mana agensi atau syarikat atau mengikuti latihan praktikal di JKM.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN JKM ONLINE

Setiap jenis Bantuan Bulanan yang sediakan oleh JKM, dibayar dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : RM250 sebulan (seorang umur 6 tahun ke bawah) RM200 sebulan (seorang umur 7 tahun – 18 tahun) atau RM1,000 sebulan (maksimum sekeluarga)
  2. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) : RM450 sebulan seorang
  3. Bantuan Orang Kurang Upaya (BTB) : RM300 sebulan seorang
  4. Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar /Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) : RM500 sebulan seorang
  5. Bantuan Warga Emas (BWE) : RM600 sebulan seorang
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM150 (minimum seorang) sehingga RM500 (maksimum sekeluarga)
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) : RM250 sebulan seorang anak atau RM500 sebulan sekeluarga
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200 sebulan seorang

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN JKM ONLINE

Bagi yang telah kemukakan permohonan salah satu Bantuan Bulanan JKM, status kelayakan sebagai penerima boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
  3. Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
  4. Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
  5. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status penerima Bantuan Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah untuk mudahkan carian pengguna. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Bulanan JKM, sila rujuk pihak berwajib JKM seperti berikut :

  • Talian JKM : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045

Leave a Comment