SEMAK BANTUAN STR 2026 (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Orang ramai boleh mula membuat permohonan baru, semak kelayakan, dan mengemas kini maklumat untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 mulai 13 Oktober 2025 melalui portal rasmi mySTR.

Artikel ini menerangkan secara lengkap cara daftar, log masuk, kemaskini dan permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah STR bagi tahun 2026.
Apa Itu Bantuan STR?
STR 2026 ialah bantuan tunai untuk golongan B40 dan M40 serta warga emas yang memenuhi syarat. Tujuan program ini adalah untuk mengurangkan beban kos sara hidup, terutamanya bagi mereka yang terjejas akibat inflasi dan masalah ekonomi.

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM15 bilion untuk STR pada tahun 2026, yang melibatkan lebih 22 juta rakyat Malaysia. Ini menjadikan STR sebagai salah satu inisiatif sosial terbesar untuk membantu rakyat, terutama mereka yang memerlukan.
Syarat Kelayakan Bantuan STR 2026
Berikut ialah syarat kelayakan STR mengikut kategori penerima :
- Isi Rumah B40 : Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi RM2,500 sebulan. Bantuan ini adalah untuk pasangan yang berkeluarga dan ibu atau bapa tunggal dengan anak-anak yang berpendapatan rendah.
- Isi Rumah M40 : Pendapatan isi rumah antara RM2,501 hingga RM5,000 sebulan. Kumpulan M40 yang memerlukan bantuan kewangan akan menerima bantuan mengikut bilangan anak.
- Warga Emas : Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai pasangan atau berpendapatan rendah (di bawah RM5,000) juga layak menerima bantuan.
- Bujang : Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak dan had umur adalah 21- 59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas dan bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. Pendapatan adalah RM2,500 dan ke bawah.
Kadar / Jumlah Bantuan STR 2026
Bantuan tunai STR untuk semua kategori isi rumah (berkahwin) telah dikurangkan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.
Sebagai ganti pengurangan itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinaikkan kepada RM1,200 setahun (RM100 sebulan) untuk semua isi rumah penerima STR.
- Isi Rumah B40 : Jumlah bantuan tahunan (STR + SARA) bagi isi rumah berpendapatan bulanan < RM2,500 boleh mencecah :
- RM1,900 (tanpa anak)
- RM2,400 (1 – 2 anak)
- RM2,900 (3 – 4 anak)
- RM3,400 (5 anak ke atas)
- Isi Rumah M40 : Bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM5,000, jumlah bantuan tahunan ialah :
- RM1,400 (tanpa anak)
- RM1,650 (1 – 2 anak)
- RM1,900 (3 – 4 anak)
- RM2,150 (5 anak ke atas)
- Penerima dari kategori miskin/miskin tegar e-Kasih boleh layak dapat tambahan SARA sehingga RM200 sebulan (RM2,400 setahun).
- Warga Emas Bujang berpendapatan bawah RM5,000 akan mengekalkan kadar STR sebanyak RM600 dengan peningkatan SARA daripada RM450 kepada RM600 setahun.
- Individu Bujang di bawah 60 tahun tidak lagi menerima STR tunai, sebaliknya menerima bantuan dalam bentuk kredit SARA sebanyak RM600 setahun.
Cara Daftar Akaun MySTR
Laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) baru sahaja dikemaskini.
Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.
- Layari portal MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada butang “LOG MASUK”.
- Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
- Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang ‘Daftar Akaun’.
Cara Log Masuk Akaun MySTR
Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut :
- Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi STR
- Klik butang “Log Masuk”
- Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
- Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
- Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
- Selesai.
Panduan Semakan Status MySTR
Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut :
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR :
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran
- Masukkan kata laluan
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Jika ingin mengetahui status bayaran klik butang ‘MAKLUMAT BAYARAN‘.
Sila rujuk STATUS KREDIT. Jika dinyatakan DALAM PROSES PENGKREDITAN, bermaksud bayaran sedang dalam proses dikreditkan dalam akaun bank anda.
Jika dinyatakan BERJAYA KREDIT, bermaksud bayaran telah selesai dikreditkan dalam akaun bank anda.
CARA PERMOHONAN STR 2026
Permohonan STR 2026 boleh dibuat melalui dua cara iaitu :
Secara Online Melalui Portal MySTR
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut :
- Layari Portal STR 2026 di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang “Permohonan Baharu”.
- Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID.
- Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
- Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
Permohonan Baru STR 2026 Secara Manual
Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh :
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat : Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan STR 2026
Jika ada perubahan pada maklumat peribadi anda, seperti alamat atau akaun bank, anda perlu mengemaskinikan maklumat tersebut di portal MYSTR sebelum tarikh pembayaran.
Ya, penerima sedia ada diwajibkan daftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026. Akses lama boleh digunakan semula bermula 15 Oktober 2025.
Log masuk ke portal MySTR, pilih menu “Semakan Status”, dan status kelulusan serta jadual pembayaran akan dipaparkan.
Ya, selain online, permohonan boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.
Pemohon pertama kali atau mereka yang gagal kelayakan tahun sebelum perlu buat permohonan baharu secara online atau manual.
MAKLUMAT & INFO LANJUT STR 2026
Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai STR 2026, anda boleh ikuti dan layari :
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang) atau
- Talian MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Laman rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)