SEMAK BILA BAYARAN STR FASA 4 2025

SEMAK BILA BAYARAN STR FASA 4 2025

Kerajaan Malaysia meneruskan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 untuk membantu rakyat menangani peningkatan kos hidup. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat, dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori penerima seperti keluarga, warga emas tanpa pasangan, dan individu bujang.

Macam mana semak bila bayaran str? Ikuti panduan lengkap dibawah sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN STR 2025 – JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI ISI RUMAH, WARGA EMAS DAN BUJANG

CARA SEMAK BAYARAN STR

Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  1. Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat pemberian yang tertentu khas kepada :
    • Penerima tiada akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
  2. Bayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

SEMAK STATUS BAYARAN STR

Untuk mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan cara semak seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

JUMLAH BAYARAN STR

Jumlah bantuan yang akan diterima dalam Fasa 4 ini bergantung pada kategori dan pendapatan isi rumah. Berikut adalah perinciannya :

  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • Tiada anak : RM200
    • 1-2 anak : RM350
    • 3-4 anak : RM500
    • 5 anak atau lebih : RM700
  • Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,000:
    • Tiada anak : RM100
    • 1-2 anak : RM200
    • 3-4 anak : RM250
    • 5 anak atau lebih : RM350
  • Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • RM150
  • Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas, tiada pasangan) yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah:
    • RM150

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4

JENIS BAYARANTARIKH BAYARAN STR FASA 4
Sumbangan Tunai
Rahmah (STR FASA 4)
Tarikh semakan akan dikemaskini
apabila telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan kelak.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 4

  1. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Bayaran STR Fasa 4 khas untuk pemohon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  2. Bagaimanakah permohonan Bantuan STR?
  3. Adakah golongan bujang juga layak terima Bantuan STR?
    • Hanya golongan bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan bawah RM2,500 dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  4. Adakah Bantuan STR dibayar sekaligus?
    • Tidak, Bantuan STR dibayar secara ansur selama empat (4) fasa.
  5. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada hak penerima.

RUJUKAN

Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan mengenai STR Fasa 4, anda boleh hubungi saluran rasmi berikut:

  • LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
  • Talian Hotline:1-800-88-2747
  • Laman Web Rasmi:https://bantuantunai.hasil.gov.my

Leave a Comment