SEMAK DUIT DALAM IC : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BAYARAN SARA MYKASIH

SEMAK DUIT DALAM IC : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BAYARAN SARA MYKASIH

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh mula disemak melalui laman rasmi ataupun secara didalam apps, bantuan ini membolehkan penerima membelanjakan mengunakan Mykad.

Bagaimanakah cara semakan duit dalam mykad? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : CARA SEMAK SARA : (2025) SEMAKAN BAYARAN DALAM MYKAD

APA ITU SARA 2025

SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih.

CARA SEMAK STATUS DUIT DALAM IC 2025

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

SEMAKAN DI PORTAL RASMI MYKASIH :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SEMAKAN DI PORTAL RASMI MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAK SYARAT KELAYAKAN DUIT DALAM IC 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) –Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  2. Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 –Bukan eKasih;
  3. Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SENARAI BARANGAN LULUS SARA

Barangan yang diluluskan didalam Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :

  1. Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  2. Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  3. Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  4. Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  5. Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  6. Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  7. Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  8. Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
SEMAK DUIT DALAM IC

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan :https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel :[email protected]

Leave a Comment