SEMAK SAMA ADA ANDA LAYAK TERIMA RM300 DARI BINGKAS – JIKA LAYAK, RUJUK CARA PERMOHONAN

SEMAK SAMA ADA ANDA LAYAK TERIMA RM300 DARI BINGKAS – JIKA LAYAK, RUJUK CARA PERMOHONAN

Permohonan BINGKAS Selangor 2025 dibuka dari 1 November (Sabtu) hingga 30 November 2025 (Ahad). Semak kelayakan anda untuk menerima RM300 setiap bulan daripada BINGKAS Selangor. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui https://bingkasselangor.com.

PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR

SEMAK SAMA ADA ANDA LAYAK TERIMA RM300 DARI BINGKAS

Kerajaan Negeri Selangor meneruskan usaha membantu rakyat melalui Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Program ini adalah sebahagian daripada Iltizam Selangor Penyayang untuk mengurangkan beban keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Bantuan ini diberikan melalui eWallet dalam aplikasi SELangkah sebanyak RM300 setiap bulan. Ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan di kedai terpilih di Selangor.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)

Artikel ini akan membantu anda untuk mengenal pasti sama ada anda layak atau tidak, cara membuat semakan dan panduan permohonan lengkap yang boleh dilakukan terus dari telefon anda.

Baca Juga : Ibu Yang Bekerja di Selangor Layak Terima RM100 Setiap Bulan

APA ITU BANTUAN BINGKAS RM300 SELANGOR 2025?

BINGKAS, singkatan untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, merupakan program bantuan kewangan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan RM300 setiap bulan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Bantuan ini bukan dalam bentuk tunai, sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun eWallet SELangkah penerima, untuk memastikan ia digunakan bagi membeli :

  • Makanan dan keperluan dapur (beras, gula, minyak, sayur, ikan, daging)
  • Peralatan sekolah dan alat tulis
  • Ubat-ubatan dan keperluan kesihatan asas
  • Barangan penjagaan diri dan kebersihan

Penerima boleh menggunakan eWallet ini di kedai yang menjadi rakan niaga BINGKAS di seluruh Selangor. Program ini berjalan selama 24 bulan (2 tahun) bagi setiap penerima yang layak, dan akan diperbaharui selepas tempoh tersebut.

OBJEKTIF UTAMA PROGRAM BINGKAS

BINGKAS diwujudkan untuk mencapai beberapa tujuan sosial penting di Selangor :

  1. Mengurangkan beban kos sara hidup, terutama bagi keluarga B40 dan M40 berpendapatan rendah.
  2. Memastikan keluarga dapat membeli barangan keperluan setiap bulan.
  3. Menggalakkan ekonomi tempatan melalui perbelanjaan di kedai kecil dan sederhana.
  4. Menjadikan pengurusan bantuan lebih telus dengan menggunakan platform digital SELangkah.

Kerajaan negeri berharap agar Selangor akan terus menjadi negeri maju dan penyayang di Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BINGKAS RM300

Untuk memohon Bantuan BINGKAS RM300 Selangor 2025, anda perlu memenuhi syarat berikut :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lahir di Selangor ATAU telah menetap di Selangor lebih daripada 10 tahun;
  • Pengundi berdaftar di Selangor;
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 atau kurang;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya dua orang tanggungan (anak atau ahli keluarga di bawah 18 tahun);
  • Tidak menerima bantuan yang sama daripada agensi lain.

Keutamaan akan diberikan kepada keluarga B40, ibu atau bapa tunggal, warga emas yang menjaga anak, dan keluarga besar dengan tanggungan yang ramai.

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA

Permohonan Bingkas Selangor boleh dibuat dari 1 November 2025 (Sabtu) hingga 30 November 2025 (Ahad).

BILA PERMOHONAN BINGKAS DIBUKA

CARA MOHON BINGKAS SELANGOR

  • Untuk memohon, sila isikan borang permohonan melalui laman web rasmi Bingkas Selangor : https://bingkasselangor.com
  • Sila pastikan anda telah sediakan dokumen-dokumen berikut untuk dilampirkan dengan permohonan anda :
    • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan)
    • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
    • Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
    • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
    • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
    • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Status akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas anda menghantar permohonan lengkap.
PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2025

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR

Anda boleh menyemak status permohonan terus dalam aplikasi SELangkah dengan cara berikut :

  1. Log masuk ke akaun SELangkah.
  2. Klik pada menu “Program Penyayang Selangor”.
  3. Pilih “BINGKAS”.
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan :
    • Diluluskan
    • Dalam proses
    • Tidak berjaya
SEMAKAN PERMOHONAN BINGKAS 2025

Jika permohonan anda tidak diluluskan, anda boleh membuat rayuan atau memohon semula apabila sesi permohonan baharu dibuka.

SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI DENGAN BINGKAS

eWallet BINGKAS boleh digunakan untuk membeli :

  • Barang dapur
    • Beras, tepung, minyak masak, telur, ayam, ikan, dan lain-lain.
  • Keperluan bayi
    • Susu formula, lampin, dan makanan bayi.
  • Ubat-ubatan asas
    • Panadol, vitamin, ubat selesema, dan lain-lain.
  • Barang sekolah
    • Buku, alat tulis, beg sekolah, dan peralatan kokurikulum.
BARANGAN YANG BOLEH DIBELI DENGAN BINGKAS

Barang Yang Tidak Boleh dibeli

  • Rokok
  • Minuman keras
  • Barang elektronik
  • Top up kredit
  • Pengeluaran tunai

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR

Berikut adalah langkah cara pembelian menggunakan Bingkas Selangor :

  1. Pergi ke mana-mana kedai yang ada panel program Bingkas Selangor.
  2. Pilih barang yang nak dibeli.
  3. Juruwang imbas ID penerima dalam aplikasi Selangkah.
  4. Juruwang semak supaya barang yang dibeli termasuk dalam senarai barang Bingkas.
  5. Kod QR akan keluar di skrin, juruwang imbas kod tersebut untuk bayaran.
  6. Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan.
  7. Tekan butang Bayar di aplikasi.
  8. Pastikan baki dalam akaun Bingkas cukup sebelum buat bayaran.
CARA PEMBELIAN MENGGUNAKAN BINGKAS SELANGOR

KUOTA & PERUNTUKAN BINGKAS 2025

Pada tahun 2025, kerajaan negeri menambah lebih 7,000 kuota baharu untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat menerima bantuan ini. Setiap DUN menerima agihan mengikut jumlah penduduk dan kadar kemiskinan di kawasan masing-masing.

Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui dana kebajikan khas di bawah Iltizam Selangor Penyayang, dengan peruntukan tahunan mencecah ratusan juta ringgit.

MANFAAT UTAMA PROGRAM BINGKAS SELANGOR RM300

Program BINGKAS dianggap sebagai bantuan yang amat berguna kerana :

  1. RM300 setiap bulan secara tetap
    • Penerima akan menerima kredit eWallet setiap bulan tanpa perlu memohon berulang kali.
  2. Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas
    • Bantuan ini mengelakkan pembaziran kerana hanya barangan keperluan sahaja yang dibenarkan.
  3. Tidak memerlukan akaun bank
    • Semua transaksi dilakukan melalui aplikasi SELangkah.
  4. Mengutamakan keluarga
    • Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai bilangan anak dan tanggungan yang ramai.
  5. Tiada potongan
    • Penerima akan menerima RM300 penuh setiap bulan.

Peringatan Penting

Kerajaan negeri menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan laman web palsu yang menggunakan nama BINGKAS untuk mendapatkan maklumat peribadi. Permohonan rasmi hanya boleh dibuat melalui aplikasi SELangkah atau laman web rasmi bingkasselangor.com.

KESIMPULAN

Komitmen Selangor Menjaga Kesejahteraan Rakyat

Program BINGKAS Bantuan RM300 sangat membantu rakyat Selangor mengurangkan kos sara hidup bulanan. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, jangan berlengah lagi. Permohonan dibuka untuk tempoh terhad dan kuota adalah terhad bagi setiap DUN.

Semak kelayakan anda, sediakan dokumen yang diperlukan, dan mohon melalui SELangkah

SOALAN LAZIM (FAQ) BINGKAS SELANGOR

Apa itu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)?

BINGKAS ialah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga di Selangor untuk membeli barangan keperluan, kelengkapan pendidikan, dan keperluan kesihatan.

Adakah saya perlu memohon semula pada tahun hadapan?

Setiap permohonan yang lulus layak menerima manfaat BINGKAS selama 2 tahun. Anda perlu mengemas kini akaun pada tahun berikutnya.

Adakah kad bantuan akan diberikan kepada setiap pemohon?

Tidak. Bantuan akan disalurkan melalui e-wallet dalam aplikasi Selangkah.

Adakah saya perlu memuat turun aplikasi Selangkah?

Ya. Semua pembayaran untuk pembelian hanya boleh dibuat melalui e-Wallet Selangkah.

Di mana saya boleh mendapatkan borang pendaftaran?

Anda boleh mendaftar secara dalam talian di portal bingkasselangor.com atau melalui aplikasi SELANGKAH.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan BINGKAS Selangor, sila layari atau hubungi :

Leave a Comment