SEMAK SENARAI BANTUAN TUNAI DARIPADA JKM : STATUS KELAYAKAN ADAKAH ANDA LAYAK
Inisiatif kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan. Bantuan ini memberi sokongan kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah, warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, dan kanak-kanak. Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai jenis bantuan yang tersedia, cara memohon, dan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi.
Bagaimanakah cara semak senarai bantuan JKM? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : EWALLET RM300 DIKREDITKAN SECARA AUTOMATIK KEPADA ANDA : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN INI
SEMAK SENARAI BANTUAN TUNAI DARIPADA JKM
Berikut adalah senarai lengkap Bantuan Tunai JKM 2025 beserta kadar bantuan dan cara untuk memohonnya:
| JENIS BANTUAN JKM | CARA MEMOHON BANTUAN |
|---|---|
| (BA) BANTUAN AM PERSEKUTUAN | Permohonan dalam talian atau dipejabat JKM |
| (BWE) BANTUAN WARGA EMAS | Permohonan dalam talian atau dipejabat JKM |
| (BKK) BANTUAN KANAK-KANAK | Permohonan dalam talian atau dipejabat JKM |
| (BTB) BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA | Permohonan melalui MydaftarOKU atau dipejabat JKM |
| (BIT) BANTUAN IBU TUNGGAL | Permohonan dalam talian atau dipejabat JKM |
| (BLP) BANTUAN LATIHAN PERANTIS | Permohonan melalui ebantuan JKM atau dipejabat JKM |
| (BPT) BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR/PESAKIT KRONIK TERLANTAR | Permohonan dipejabat JKM dengan laporan perubatan dan bukti pendapatan |

Tip: Pilih bantuan yang sesuai berdasarkan status anda (contoh: OKU, ibu tunggal, keluarga miskin) untuk permohonan yang tepat.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN TUNAI DARIPADA JKM
Sebelum memohon, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Malaysia.
- Pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinanyang ditetapkan oleh kerajaan.
- Tidak menerima bantuan serupa daripada agensi lain.
Tip: Pilih jenis bantuan yang sesuai berdasarkan status anda (contoh: OKU, ibu tunggal, keluarga miskin).
CARA PERMOHONAN BANTUAN TUNAI DARIPADA JKM
Berikut ada dua (2) kaedah yang boleh digunakan untuk memohon :
- Permohonan dalam talian: Kunjungi portal rasmi eBantuan JKM dan daftarkan akaun.
- Permohonan manual: Jika tiada akses internet, pergi ke Pejabat JKM terdekat untuk membuat permohonan manual.
Tip: Jika tiada internet stabil, lebih baik buat permohonan secara manual di pejabat JKM.
DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN JKM
Antara dokumen yang wajib ada untuk membuat permohonan adalah :
- Salinan MyKad pemohon dan ahli keluarga.
- Salinan sijil kelahiran anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Penyata pendapatan (contoh: slip gaji, penyata bank).
- Bil utiliti terkini (contoh: bil elektrik, air).
- Laporan perubatan (jika memohon bantuan OKU atau penjagaan kesihatan).
Tip: Pastikan semua dokumen yang diperlukan sudah tersedia untuk mempercepatkan proses permohonan.
SOALAN LAZIM TENTANG SENARAI BANTUAN TUNAI DARIPADA JKM
- Apakah itu Bantuan Am Persekutuan (BA)?
- Bantuan BA diberikan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah menampung keperluan hidup harian.
- Berapa lama proses kelulusan permohonan?
- Proses kelulusan biasanya mengambil masa antara1 hingga 3 bulan setelah permohonan dihantar.
- Bolehkah saya memohon lebih dari satu jenis bantuan?
- Ya, anda boleh memohon lebih dari satu jenis bantuan jika memenuhi syarat kelayakan untuk setiap bantuan yang dimohon.
- Bolehkah saya memohon secara dalam talian jika saya tiada akses internet?
- Jika tiada akses internet, anda boleh memohon secara manual dipejabat JKM yang terdekat.
- Apa yang perlu dilakukan jika permohonan saya ditolak?
- Anda boleh membuat rayuan dengan memberi maklumat tambahan atau mendatangi pejabat JKM untuk menyelesaikan masalah tersebut.
- Bolehkah saya menggunakan bantuan tunai untuk perbelanjaan selain makanan?
- Ya, bantuan tunai boleh digunakan untuk keperluan asas lain seperti perubatan dan keperluan harian.
RUJUKAN
Informasi yang kami sediakan dalam artikel ini berkaitan ‘Bantuan Tunai JKM’ adalah dirujuk sepenuh dari sumber yang sahih daripada Portal eBantuan JKM. Untuk info yang lebih lanjut serta terperinci, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Portal eBantuan JKM : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
- Portal PKMD : http://jkm.gov.my/.