SEMAKAN BANTUAN KAD PERAK 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN
Kad Perak Sejahtera atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Kad Perak Prihatin merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Perak dalam membantu dan meringankan beban rakyat B40 di negeri tersebut dan juga kesejahteraan dapat dilestarikan secara baik di negeri Perak pada tahun 2025 dan seterusnya.
Bagaimanakah cara semakan bantuan kad Perak? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA PERMOHONAN PERAK PRIHATIN 2025 ( PANDUAN LENGKAP)
APAKAH ITU KAD PERAK
Kad Perak Prihatin merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Perak dalam membantu rakyat mereka daripada golongan B40. Kad ini telah mengalami penjenamaan semula kepada Program Bantuan Kad Perak Sejahtera pada tahun ini.
Program ini dijalankan bagi meringankan kos sara hidup melalui bantuan kewangan daripada Perak Sejahtera, di mana mereka akan mendapat akses kepada pembelian barangan asas (makanan) dan penjagaan kesihatan.
Program ini telah dilaksanakan bermula daripada tahun 2019 di mana seramai 17,000 penerima telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program ini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KAD PERAK
Untuk menjadi penerima Program Perak Sejahtera ini anda perlulah melihat sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan tersebut terlebih dahulu, syaratnya adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Perak atau menetap di Negeri Perak melebihi 10 tahun.
- Pemilih Berdaftar di Negeri Perak
- Pendapatan isi rumah bawah RM 2,000 sebulan
Selain itu, untuk semak kelayakan, anda juga boleh pergi ke pautan ini
https://member.perakprihatin.com/site/login dan masukkan no. kad pengenalan anda.
CARA MENDAFTAR KAD PERAK 2025
Untuk mendaftar bagi program ini anda boleh mengambil borang di jabatan berikut:
- Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
- Pusat Wanita Berdaya
KAEDAH PENGAKTIFAN BANTUAN KAD PERAK 2025
Setelah mendaftar dan memperoleh kad tersebut, anda perlu melakukan pengaktifan kad sebelum anda boleh menggunakannya.
- Pengaktifan kad ini boleh dilakukan di pautan berikut:https://www.perakprihatin.com/pengaktifan-kad, anda boleh memilih untuk mengaktifkan kad secara atas talian atau melalui pusat panggilan.
CARA PENGGUNAAN KAD PERAK 2025
Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:
- Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
- Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
- Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
- Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
- Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
- Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:
- 1800 22 6600
- perakprihatin.com
- [email protected]