SEMAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025 – SEMAK KELAYAKAN MYKASIH

SEMAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025 – SEMAK KELAYAKAN MYKASIH

Tambahan dana sebanyak RM2 billion diperuntukan untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat Malaysia sebagai tanda penghargaan Kerajaan kepada rakyat melalui inisiatif Sumbangan SARA One-Off yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak.

Bagaimanakah semakan bantuan mykad madani? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH – LAYAK KAH ANDA – SEMAK SEGERA

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN MYKAD MADANI

Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima kadar bayaran MyKasih yang berbeza. Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan Mykad untuk tahun 2025:

KADAR BAYARAN PENERIMA SEDIA ADA :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN MYKAD MADANI
Isi RumahRM100 – RM200 sebulan
sehingga
RM2,100 setahun
Warga EmasRM100 – RM150 sebulan
sehingga
RM1,650 setahun
BujangRM50 sebulan
sehingga
RM600 setahun

KATEGORI PENERIMA BAHARU :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN MYKAD MADANI
Isi RumahRM100 sebulan
sehingga
RM900 setahun
Warga EmasRM50 sebulan
sehingga
RM450 setahun

CARA SEMAK BANTUAN MYKAD MADANI

Status kelayakan serta status bayaran Bantuan MyKasih boleh disemak dengan mudah dan cepat secara online melalui aplikasi rasmi MyKasih. Ikuti panduan lengkap cara semak status seperti berikut :

Cara Semak MyKasih Secara Online Melalui Portal :

  1. Cara Semak MyKasih Secara Online Melalui Portal :
  2. Layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih).
  3. Halaman utama akan dipaparkan.
  4. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  5. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  6. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  7. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
    • *Format tanpa sengkang (-) Kad Pengenalan (Contoh : 700230112345).
  8. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  9. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  10. Selesai.

Cara Semak MyKasih Secara Online Melalui Aplikasi :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Dalam IC akan dipaparkan.
  14. Selesai.

BARANGAN BANTUAN MYKAD MADANI

Berikut merupakan senarai barangan MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Dalam MyKad MADANI :

  • Beras :
    • Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti :
    • Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur :
    • Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak :
    • Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung :
    • Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut :
    • Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera :
    • Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman :
    • Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin :
  • Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa :
    • Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  • Produk kebersihan :
    • Colgate / Dettol / Kotex.
  • Ubat-ubatan :
    • Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  • Barangan persekolahan :
    • Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN MYKAD

Adakah semua pasar raya dan kedai runcit menerima pembayaran melalui MyKasih SARA?

Tidak. Hanya kedai-kedai terpilih yang telah berdaftar dengan program SARA MyKasih sahaja yang menerima pembayaran melalui kaedah ini. Senarai kedai yang mengambil bahagian boleh didapati di portal rasmi SARA.

Bolehkah saya membeli barangan selain daripada 14 kategori yang telah ditetapkan?

Tidak. Sistem pembayaran hanya akan membenarkan pembelian barangan yang termasuk dalam kategori asas yang telah ditetapkan sahaja. Ini bagi memastikan bantuan disalurkan untuk tujuan yang betul.

Apa yang akan berlaku jika baki kredit SARA saya tidak digunakan sepenuhnya?

Baki kredit yang tidak digunakan akan luput selepas 31 Disember 2025.

Bolehkah saya menggunakan bantuan SARA untuk membayar bil utiliti seperti elektrik dan air?

Tidak. Bantuan SARA ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas sahaja, dan tidak boleh digunakan untuk membayar bil utiliti.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment