SEMAKAN BAYARAN STR RAYUAN (2025 BANTUAN)

SEMAKAN BAYARAN STR RAYUAN (2025 BANTUAN)

Berita baik buat penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)! Bagi mereka yang telah membuat rayuan dan penerima baru STR 2025, bayaran bagi Fasa 4 kini mula dikreditkan secara berperingkat bermula 13 November 2025 ke akaun penerima yang layak. Bantuan ini diberikan bagi memastikan isi rumah yang benar-benar memerlukan terus mendapat sokongan kewangan menjelang akhir tahun.

Bagaimanakah semakan STR rayuan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SENARAI BANTUAN B40 2026 : SILA SEMAK ADAKAH ANDA BERKELAYAKAN UNTUK DAPAT DUIT BANTUAN TERSEBUT

TARIKH SEMAKAN BAYARAN STR RAYUAN

Semua penerima sedia ada telahpun selesai menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025. Namun, penerima baharu dan penerima rayuan akan menerima bayaran mengikut tarikh seperti berikut :

  • Pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan (bagi yang ada akaun) :
    • Bermula 13 November 2025 dan berperingkat.
  • Penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) (bagi yang tiada akaun bank) :
    • Bermula 13 November 2025.

*Penerima sedia ada telah selesai menerima bayaran Fasa 4 bermula 18 Oktober hingga 24 Oktober 2025.

CARA PERMOHONAN STR RAYUAN

Pemohon boleh kemukakan Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online di Portal STR dan secara manual di kaunter LHDN seperti berikut :

Rayuan Secara Online Di Portal STR :

  1. Layari Portal Rasmi STR 2025 : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
  2. Log masuk ke akaun MySTR dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda tetapkan.
  3. Klik pada butang [Permohonan Rayuan] jika tarikh rayuan dibuka.
  4. Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap.
  5. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  6. Klik butang [Hantar].
  7. Selesai.

Rayuan Secara Manual Di LHDN :

  1. Hadir ke mana-mana pejabat cawangan LHDN / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.
  2. Dapatkan borang ‘Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari Portal Rasmi STR.
  3. Isi borang tersebut dengan lengkap.
  4. Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Serahkan borang bersama dokumen sokongan di kaunter.
  6. Selesai.

*Nota : Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2025 secara online boleh dilakukan oleh semua pemohon berstatus ‘Tidak Lulus’. Kecuali pemohon yang berstatus ‘Kod Duplikasi’ dan ‘Kod 32 – Permohonan Luar Negara’ yang hanya boleh memohon rayuan secara manual di LHDN.

SEMAK KEPUTUSAN BAYARAN STR RAYUAN

Status keputusan permohonan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi STR seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
  2. Klik butang [TUTUP] pada pop-up maklumat terkini.
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan dipaparkan ‘Betul’.
  6. Masukkan Kata Laluan anda yang sah.
  7. Terus klik butang [Log Masuk].
  8. Profil pemohon akan dipaparkan.
  9. Kemudian, klik butang [Semakan Permohonan Rayuan].
  10. Status anda akan dipaparkan.
  11. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) RAYUAN STR

Bila rayuan STR saya akan diproses?

Pembayaran bagi rayuan akan dilakukan bermula pada13 November 2025 untuk Fasa 4.

Adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan?

Ya, dokumen sokongan diperlukan berdasarkan alasan tidak lulus STR. Pastikan anda mengemukakan dokumen yang tepat seperti yang dinyatakan.

Bolehkan saya membuat rayuan jika status saya adalah ‘Tidak Lulus’?

Ya, anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang relevan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar menulis artikel dengan tujuan untuk memudahkan orang ramai merujuk Cara Semakan Rayuan STR. Namun, untuk sebarang masalah atau maklumat lebih lanjut berkaitan Rayuan STR, pihak tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment