SEMAKAN DARJAH 1 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dilakukan bermula 1 Mac hingga 30 April 2025, Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak layak memasuki Tahun 1 perlu mengambil perhatian mengenai pendaftaran tahun 1 sesi 2026 serta semakan penempatan tahun 1.
Bagaimanakah cara semakan darjah 1? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAK DUIT BANTUAN RM100 ONE OFF 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SARA
SYARAT KELAYAKAN DARJAH 1
Bagi kemasukan untuk ke sekolah tahun 2026, yang berumur 7 tahun boleh semak syarat seperti berikut :
- Kanak-kanak warganegara Malaysia
- Kanak-kanak yang lahir dari 2 januari 2019 hingga 1 Januari 2020
CARA DAFTAR TAHUN 1
Permohonan bagi sesi baharu 2026 darjah 1 boleh di dilakukan seperti berikut :
- Lawati terus ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
TARIKH RAYUAN DARJAH 1
Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2026/2027, semakan penempatan akan diumumkan mulai 1 Ogos 2025, Jumaat.
Manakala permohonan rayuan pula boleh dilakukan bermula hari yang sama,1 Ogos 2025 sehingga 31 Ogos 2025 secara dalam talian.
RAYUAN PERMOHONAN DARJAH 1
Berikut merupakan cara permohonan rayuan :
- Login https://idme.moe.gov.my/login
- Klik pengesahan penempatan
- Cetak surat tawaran
- Mohon RAYUAN (dlm sistem idMe).
- Keputusan rayuan akan keluar pada bulan Disember.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut, info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke:
- No. Tel : 03-88843501
- No. Fax : 03-88895244
- Email : [email protected]