SEMAKAN DUIT SARA 2026 : CEK BAYARAN BANTUAN MASUK DALAM MYKAD PENERIMA
Pembayaran untuk bantuan bagi sesi 2026 akan mula dijalankan bermula Januari 2026 kelak. Penerima SARA 2025 dinasihatkan untuk menggunakan baki bantuan yang ada dalam MyKad penerima sehabisnya sehingga akhir tahun ini iaitu 31 Disember 2025. Baki bantuan pada tahun ini tidak akan dibawa kepada sesi 2026. Penyaluran bantuan untuk tahun baru akan diumumkan kelak dan anda sudah boleh menggunakannya nanti.
Bagaimanakah Semakan Duit SARA 2026? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : BAYARAN STR FASA 1 2026 : TARIKH RASMI, JUMLAH, SEMAKAN STATUS
KATEGORI LAYAK DUIT SARA 2026
Bantuan ini ditawarkan kepada individu yang termasuk dalam kategori berikut:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Mereka yang menerima STR 2026 akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan.
- Golongan Miskin Tegar (eKasih): Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan mendapat tambahan bantuan RM200 sebulan.
- Individu Bujang: Bujang yang tidak lagi menerima STR tetapi akan menerima RM50 setiap bulan.
- Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500: Isi rumah dengan lima anak atau lebih boleh menerima bantuan SARA yang keseluruhan boleh mencecah RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR.
TARIKH BAYARAN DUIT SARA 2026
Tarikh pembayaran SARA 2026 masih belum diumumkan secara rasmi oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, bayaran bantuan ini akan dimasukkan ke dalam MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya yang berdaftar.
Untuk makluman terkini, kami akan mengemas kini sebarang perubahan dari masa ke semasa, termasuk tarikh pembayaran dan fasa-fasa bayaran.
SYARAT LAYAK DUIT SARA 2026
Syarat Kelayakan SARA 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Berstatus eKasih; dan
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Bukan eKasih;dan
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JADUAL AGIHAN SARA 2026
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ansur berperingkat mengikut jadual seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Setiap Bulan | Januari hingga Disember 2026 |
| Bantuan One OFF | Pertengahan Februari 2026 |
CARA SEMAKAN DUIT SARA 2026
Penerima yang ingin membuat semakan status kelayakan boleh merujuk panduan berikut yang disediakan dibawah dengan menggunakan dua laman web yang disediakan:
Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?
Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?
Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
Di mana saya boleh guna SARA?
SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini
Berapakah amaun SARA yang diterima?
Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
Bagaimana cara semak kelayakan SARA?
Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]