SEMAKAN eBANTUAN JKM 2025 – PERMOHONAN, SYARAT KELAYAKAN & JENIS BANTUAN

SEMAKAN eBANTUAN JKM 2025 – PERMOHONAN, SYARAT KELAYAKAN & JENIS BANTUAN

eBantuan JKM ialah sistem permohonan bantuan kebajikan dalam talian yang dibangunkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Rakyat Malaysia boleh memohon, menyemak dan mengurus bantuan kewangan melalui portal rasmi https://ebantuanjkm.jkm.gov.my

eBANTUAN JKM

Portal ini direka untuk mengurangkan keperluan untuk hadir ke pejabat kebajikan, mempercepatkan proses semakan serta memastikan ketelusan dalam pemberian bantuan.

Artikel ini akan menerangkan secara terperinci mengenai permohonan, cara semakan status dan jenis bantuan yang ditawarkan melalui eBantuan JKM.

“Ibu Bapa anda mungkin layak untuk dapat RM600 sebulan – Ini Cara Mohon Bantuan Warga Emas.”

APA ITU eBANTUAN JKM?

eBantuan JKM adalah portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ia membolehkan orang ramai untuk membuat permohonan bantuan kewangan secara dalam talian.

Melalui sistem ini, pengguna boleh :

  • Membuat permohonan baharu bantuan kebajikan.
  • Menyemak status permohonan yang telah dihantar.
  • Mengemas kini maklumat keluarga.
  • Memuat naik dokumen sokongan.
  • Menyemak jadual pembayaran bantuan bulanan JKM.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada transformasi digital kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Tujuannya adalah untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar yang tepat.

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT JKM

OBJEKTIF eBANTUAN JKM 2025

Antara tujuan utama sistem eBantuan JKM diwujudkan adalah :

  • Memudahkan akses permohonan bantuan tanpa perlu pergi ke pejabat.
  • Mempercepatkan proses permohonan bantuan kewangan.
  • Mengelakkan penerima bantuan bertindih antara agensi.
  • Memastikan proses penilaian kelayakan telus.
  • Memudahkan pemohon untuk menyemak sendiri status bantuan.

JENIS BANTUAN JKM 2025

Terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan yang disediakan oleh JKM melalui portal ini. Ia bergantung kepada kategori pemohon dan keperluan mereka.

Berikut adalah senarai utama :

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Warga Emas (BWE)
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
JENIS BANTUAN JKM 2025

SYARAT KELAYAKAN & KADAR BANTUAN JKM 2025

Berikut adalah syarat kelayakan dan jumlah bantuan mengikut setiap jenis skim bantuan :

Bantuan Kanak-kanak (BKK)

  • Kadar Bantuan
    • Minimum sebanyak RM200 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :RM250 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah.
    • RM200 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

Syarat Kelayakan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

  • Kadar Bantuan
    • RM450 sebulan seorang.

Syarat-syarat Kelayakan (EPOKU)

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia.
  • Berumur 16 tahun dan ke atas.
  • Pemegang kad OKU JKM.
  • Pendapatan bulanan RM 1,700 dan ke bawah; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

  • Kadar Bantuan
    • RM300 seorang sebulan.
  • Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun.
  • Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM.
  • Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut :
    • Kefungsian yang terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau
    • Persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan
    • Pemohon bukan penghuni / pelatih institusi kendalian JKM atau Pusat Jagaan Harian / Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
    • Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar / Pegawai Perubatan / Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan/ Swasta yang berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasatan (Contoh pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian)
  • Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; ATAU
  • Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

  • Kadar Bantuan
    • RM500 sebulan seorang.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar; atau
  • Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan] layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau
  • Sekiranya OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan; ATAU
  • Kes-kes yang melebihi had pendapatan isi rumah RM5,000 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

Bantuan Warga Emas (BWE)

  • Kadar Bantuan
    • RM600 sebulan seorang.

Kelayakan Bantuan Warga Emas

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  • Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; ATAU
  • Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

Bantuan Persekutuan (BA)

  • Kadar Bantuan
    • RM150 sebulan seorang.
    • Maksimum RM500 sebulan sekeluarga.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain;
  • Faktor-faktor lain yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohon; ATAU
  • Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMWPKL/WPL).

Bantuan Anak Pelihara

  • Kadar Bantuan
    • RM250 sebulan seorang kanak-kanak.
    • Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat-syarat

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :
    • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
    • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak seperti berikut :
      • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun;
      • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
      • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257] atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253] atau Ordinan Pengangkatan Sabah 1960 atau Native Adoption Regulations 1961 atau Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024; Ordinan Pengangkatan Sarawak [Cap.91] atau mana-mana undang-undang negeri yang berkaitan;
      • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara seperti berikut:Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
      • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001; atau
      • Kanak-kanak bertaraf warganegara Malaysia yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara dan berkelayakan.
      • Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma adalah tidak layak; ATAU
  • Bagi kes yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL) bersama dengan keluarga pelihara melalui :
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Bantuan Latihan Perantis (BLP)

  • Kadar Bantuan
    • RM200 sebulan seorang.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun ke atas hingga 35 tahun mengikut kesesuaian;
  • Anak-anak penerima bantuan; atau
  • Bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; atau
  • OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan; ATAU
  • Bagi kes yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

Nota : Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

CARA PERMOHONAN BANTUAN JKM 2025

  • Langkah 2 : Daftar Akaun Baharu
    • Klik “Daftar Permohonan Atas Talian” dan isikan semua maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon.
  • Langkah 3 : Log Masuk ke Akaun
    • Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Langkah 4 : Isi Borang Permohonan
    • Pilih jenis bantuan yang ingin dipohon dan lengkapkan semua maklumat dengan betul. Ini termasuk maklumat keluarga dan pendapatan.
  • Langkah 5 : Muat Naik Dokumen Sokongan
    • Antara dokumen yang perlu disediakan :
      • Salinan MyKad pemohon dan orang yang ditanggung.
      • Salinan bil utiliti / penyata pendapatan.
      • Dokumen pengesahan status (contoh : sijil OKU, sijil lahir anak, dsb).
  • Langkah 6 : Hantar Permohonan
    • Setelah selesai, klik Hantar Permohonan. Anda akan menerima nombor rujukan untuk semakan akan datang.
  • Langkah 7 : Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKMD)
    • Pemohon perlu hadir ke pejabat JKM yang berdekatan dalam masa 14 hari selepas permohonan dalam talian untuk mengesahkan dokumen asal.

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT :

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN eBANTUAN JKM

  • Layari semula portal https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik “Semakan Status Permohonan”.
  • Masukkan nombor kad MyKad dan tekan Cari.
  • Sistem akan memaparkan status :
    • Diluluskan
    • Dalam Proses Semakan
    • Tidak Layak / Ditolak

TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN & PEMBAYARAN

Proses kelulusan biasanya mengambil masa 30 hingga 60 hari. Ini bergantung kepada jenis bantuan dan pemeriksaan pegawai JKM. Jika diluluskan, bayaran akan dimasukkan terus ke akaun bank penerima setiap bulan mengikut jadual rasmi JKM (biasanya antara 1 – 10 hari bulan setiap bulan).

KELEBIHAN MENGGUNAKAN eBANTUAN JKM

  • Cepat dan mudah : tiada lagi borang manual yang susah.
  • Selamat : maklumat disimpan secara digital dan dilindungi.
  • Telus : anda boleh menyemak status permohonan pada bila-bila masa.
  • Anda akan menerima notifikasi serta-merta apabila bantuan diluluskan.

SOALAN LAZIM (FAQ) eBANTUAN JKM 2025

Adakah eBantuan JKM boleh dipohon oleh semua rakyat Malaysia?

Tidak semua. Ia hanya untuk warganegara Malaysia yang layak mengikut kategori bantuan seperti keluarga yang kurang berkemampuan, warga emas, OKU dan ibu tunggal.

Bolehkah saya memohon lebih daripada satu jenis bantuan JKM?

Boleh, jika ia tidak bertindih dengan bantuan lain dan anda memenuhi syarat bagi setiap kategori.

Berapa lama proses permohonan diambil?

Biasanya mengambil masa 1 hingga 2 bulan, bergantung kepada pemeriksaan dan kelulusan pihak JKM daerah.

Bagaimana jika saya terlupa kata laluan eBantuan JKM?

Klik pautan “Lupa Kata Laluan” di portal rasmi dan ikut arahan untuk menetapkan semula kata laluan melalui e-mel atau SMS.

Bilakah bayaran bantuan JKM dimasukkan ke akaun penerima?

Biasanya antara 1 hingga 10 hari bulan setiap bulan, mengikut jadual pembayaran bulanan rasmi JKM.

KESIMPULAN

Portal eBantuan JKM 2025 adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh kebajikan rakyat melalui sistem digital yang lebih cepat, mudah dan telus. Dengan adanya sistem ini, mereka yang memerlukan boleh memohon bantuan tanpa perlu berulang alik ke pejabat JKM.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan JKM, sila layari atau hubungi :

Leave a Comment