SEMAKAN KELAYAKAN SKAS 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
Lebih 1 juta rakyat Sarawak bakal menerima bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1, yang akan dilaksanakan pada bulan Mac 2026 dan akan membantu ramai golongan penerima yang berkelayakan di Negeri Sarawak.
Bagaimanakah Cara Semakan Kelayakan SKAS 2026? Ikuti info lanjut disini sekarang.
BACA JUGA : PERMOHONAN SKAS 2026 : PANDUAN CARA MOHON SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
APA ITU KELAYAKAN SKAS 2026
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SKAS) ialah merupakan bantuan tunai khas Kerajaan Negeri Sarawak kepada rakyatnya yang memerlukan bantuan. Untuk sesi 2026, program bantuan ini ditambah baik dengan peruntukan sebanyak RM640 juta dan akan memanfaatkan seramai lebih 1 juta penerima.
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (SKAS) dilaksanakan seperti berikut :
| NAMA PROGRAM | CARA PELAKSANAAN | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|---|
| Sentuhan Kasih Rakyat (SKAS) | Pembayaran Secara Berfasa (3 Fasa) | Tanpa tunai (Baucar Digital) melalui Aplikasi S Pay Global |
TARIKH MASUK SKAS 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan mula disalurkan kepada penerima yang layak bermula 10 Mac ini menerusi platform SPay Global.
SYARAT KELAYAKAN SKAS 2026
Antara syarat yang melayakkan diri untuk menerima bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak SKAS ialah seperti berikut :
KRITERIA UMUM :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus âKâ.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Kini.
KATEGORI PENERIMA :
- Isi Rumah :
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
JUMLAH BANTUAN SKAS 2026
Jumlah bantuan SKAS yang akan diterima adalah seperti berikut:
- Penerima kategori isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM950 setahun. (Dibayar dalam 3 fasa, bermaksud RM316 setiap fasa)
- Penerima kategori bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM300 setahun. (Dibayar dalam 3 fasa, bermaksud RM100 setiap fasa)
- Penerima kategori warga emas tanpa pasangan / anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM500 setahun. (Dibayar dalam 3 fasa, bermaksud RM166 setiap fasa).
SEMAKAN KELAYAKAN SKAS 2026
Berikut adalah cara semakan bantuan SKAS 2026 :
- Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/.
- Klik [Check Eligibility ]
- Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran SarawakID di bawah.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
- Seterusnya, klik butang [Next].
- Klik pada [My Individual Account].
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Kemudian, klik [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SKAS 2026
Antara soalan yang selalu diajukan oleh penerima bantuan SKAS adalah seperti berikut :
- Adakah Bantuan SKAS Sarawak boleh ditunaikan dari e-Wallet S Pay Global?
- Bantuan SKAS tidak boleh dikeluarkan secara tunai dan penerima perlu membeli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
- Bilakah Bantuan SKAS Sarawak dikreditkan dalam akaun e-Wallet S Pay Global?
- Bermula 10 Mac 2026 dan tuntutan seterusnya boleh dibuat pada bila-bila masa.
- Berapa kali bantuan SKAS di agihkan?
- Bantuan akan disalurkan sebanyak 3 kali setahun iaitu 4 bulan sekali.
- Berapakah jumlah Bantuan SKAS Sarawak yang dikreditkan kepada golongan bujang?
- Golongan bujang layak terima Bantuan SKAS Sarawak sebayak RM300.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Facebook : https://web.facebook.com/unitkomunikasidanpenerangansarawak/
- Laman Rasmi : https://ukas.sarawak.gov.my/